Pages

Tuesday, 3 July 2012

PRU KE 13


Pemimpin pembangkang menganggap Najib tidak membubarkan parlimen kerana BN belum bersedia dan takut kalah.   Lalu, pembangkang kata itu satu kemenangan moral kepada mereka.

Saya mempunyai pandangan berbeza...  Itulah Najib yang mendahulukan rakyat. Melambat-lambatkan pembubaran parlimen juga satu kehendak rakyat. Pembangkang mungkin sudah lupa apa yang mereka kata.  Sebelum ini pemimpin pembangkang menegaskan tidak akan mengadakan PRU lebih awal di peringkat negeri jika parlimen dibubarkan awal.  Mereka akan mengadakan PRU peringkat negeri secara berasingan.


Maka, sebagai pemimpin yang mendahulukan rakyat dan mendengar permintaan rakyat yang disampaikan melalui kepimpinan pembangkang, membuatkan Najib menangguhkan dulu pembubaran parlimen.  Tidak perlu nak cepat, kerana tempoh masih berbaki kira-kira 10 bulan.
Pembangkang terus menggunakan andaian ‘takut’ sebagai alasan mengapa Najib tidak membubarkan parlimen sekarang.  Persoalannya, adakah benar Najib takut?  Atas perkara apa yang menyebabkan Najib takut? 

Berdasarkan analisa pemerhati politik, sokongan rakyat terhadap BN meningkat ketara.  Jika PRU diadakan sekarang, BN boleh menang.  Jadi, tidak ada alasan untuk mengatakan Najib takut hendak bubarkan parlimen sekarang.

Tentu sekali yang diserang sindrom takut ialah pembangkang.  Semakin lembat PRU diadakan, semakin banyak kepincangan pembangkang terbongkar.  Selama ini masalah dalaman dan kepimpinan pakatan pembangkang cuba disembunyikan.  Tetapi, bangkai busuk lama-lama akan diketahui juga. 

Sedangkan, pada masa sama imej Najib semakin baik.  Banyak transformasi kerajaan dilakukan mendatangkan kebaikan kepada rakyat.  Semua peringkat mendapat manfaat dan sekaligus mereka ingin mengekalkan Najib sebagai PM.

Perkara inilah yang merungsingkan pakatan pembangkang.  Keburukan di pihak mereka semakin terserlah, sedangkan kebaikan Najib dan BN terus memikat hati rakyat.

Jika pembangkang sudah tidak sabar untuk adakan PRU, mereka ada kuasa di tiga negeri.  Mereka boleh bubar DUN masing-masing di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang.  Tidak kisahlah bilapun.  BN tidak takut untuk menghadapi pakatan pembangkang di negeri yang mana mereka bergelar sebagai pemerintah. 

Jika benar-benar yakin pembangkang mampu menawan Putrajaya, elok mereka mengadakan PRU peringkat negeri lebih awal.  Buktikan mereka mampu mempertahankan kuasa memerintah di negeri-negeri berkenaan dan menanam impian berkuasa di Putrajaya.

Beranikah pakatan pembangkang melakukan PRU awal peringkat negeri diperintah mereka? 

No comments:

Post a Comment