Pages

Thursday, 14 February 2013

Panas..panas..panas..3 kawasan digempur



 

PERDANA MENTERI yang tiba semalam untuk lawatan dua hari ke Sabah, selain padat dengan mesyuarat juga hadir bersama rakyat di tiga kawasan Parlimen Beaufort, Parlimen Papar dan Parlimen Tuaran.
Kawasan ini, dikatakan hangat dibicarakan menjelang PRU-13 ini kerana menurut pembangkang akan menjadi wilayah mereka.
 
Parlimen Beaufort di mana wakil rakyatnya adalah bekas pemimpin Umno Datuk Lajim Ukin, kini bersama PPS mesra pakatan, manakala Parlimen Papar yang akan ditandingi oleh Datuk Yahya Lampong mantan pemimpin vetetran Umno, manakala Parlimen Tuaran di mana wakil rakyatnya mantan Timbalan Presiden Upko parti komponen Bn, kini bersama APS juga mesra pakatan.
Menurut maklum balas daripada hadirian, Najib di sambut kira-kira 20 ribu rakyat  di Beaufort manakala di Papar lebih 20 ribu, di Tuaran pula yang mempunyai pengundi 40 ribu yang berlangsung pentang ini, dijangka lebih 30 ribu rakyat akan menyambut kehadiaran Perdana Menteri.
 
 
Berasaskan kehadiran rakyat di kedua kawasan Parlimen itu, nampaknya pembangkang akan berputih mata untuk mempertahankan Parlimen Beaufort dan mencoba merampas Parlimen Papar, kerana kedua-dua kawasan itu masing-masing mempunyai jumlah pengundi hampir 27 ribu dan 33 ribu.
Semalam Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman menzahirkan bahawa Bn Sabah akan dapat mempertahankan tiga kawasan itu pada PRU-13 akan datang memandangkan maklum balas daripada akar umbi.
 
Lawatan Najib ke Beaufort, sekaligus menutup isu pembangkang, kononnya tidak mampu mengatasi masalah air kawasan itu. Najib mengumumkan peruntukan lebih RM226 juta untuk membina loji air baru bagi Beaufort. Selain itu, Perdana Menteri juga mengumumkan pembinaan Kolej islam bagi kawasan itu.

Tuesday, 12 February 2013

Anwar Ibrahim DiNobatkan Sebagai 'Huguan Siou' Malaysia?



Bertempat di kampong Paginatan Ranau, Sabah, Anwar Ibrahim,  telah dinobatkan sebagai "Huguan Siou" Malaysia oleh penyokong-penyokong PKR negeri Sabah.
Sebelum ini, hanya persatuan The Kadazandusun Cultural Association Sabah(KDCA) sahaja yang boleh menganugerah dan melantik gelaran "Huguan Siou".
Dikatakan, "Huguan Siou" adalah gelaran tertinggi masyarakat Kadazandusun Sabah. Gelaran ini hanya boleh diberikan oleh  KDCA, sebuah badan bukan politik yang terdiri daripada 40 komuniti etnik campuran dari Sabah dan berdaftar di bawah Malaysian Society Act 1966. 
Persatuan ini pada masa sekarang diketuai oleh "Huguan Siou Honorable" Datuk Joseph Pairin Kitingan.  
Gambar illustrasi artis Sam Manuel
  • Dalam pada itu, beberapa orang aktivist suku kaum Dusun khasnya melalui laman-laman web saperti face-book, telah menyuarakan tidak kepuasan hati mereka terhadap angkara tersebut. 
  • "Bagaimana anugerah untuk orang KDM ini diberikan kepada seorang berketurunan Melayu daripada Semenanjung?  
  • Apa sudah jadi dengan pemimpin2 yang sebegini...kerana untuk tujuan kesinambungan politik, mereka sanggup menggadai maruah bangsa KDM? "soal mereka.
  • Pasti nya banyak lagi kenyataan dan komen hangat yang dijangka menyusul selepas ini.

Wednesday, 6 February 2013

PRU-13: BN atau Pakatan?

SUKA DUKA, PRU-13 mengulangi sejarah politik sebelum peristiwa Mei 13, 1969: parti perkauman, pelampau Cina DAP secara solo cuba menggulingkan kerajaan perikatan Melayu, Cina dan India. Sekarang, DAP bersekutu, berpakat seperti 2008, dengan Pas dan PKR mengepalai Pakatan mencuba sekali lagi untuk menewaskan kerajaan pribumi, Cina dan India.

DAP sudah bijak, sedar Malaysia dapat dikuasainya hanya melalui proksi Melayu-Islam mereka. DAP perlu menerima hakikat Perdana Menteri mesti Melayu-Islam.
DAP, ikut tradisi konglomerat Cina dan antarabangsa, menerima pelantikan Melayu-Islam sebagai pengerusi tetapi kuasa mutlak tetap berada di tangan mereka.

Tipu Helah Anwar pada penggundi cina

Deasoka Kota Kinabalu
APABILA Anwar bertemu dengan kaum cina di Semenanjung, dia memberitahu kaum itu bahawa kaum cina di Sabah dan Sarawak tidak menyokong Bn; demikian juga apabila ke Sabah dan Sarawak, dia beritahu kaum cina, seluruh kaum cina di Semenanjung menolak Bn.Teringkat saya pada kejadian tahun 1994, semasa menjatuhkankan kerajaan PBS. Dia memanggil beberapa ADUN PBS dan menyatakan bahawa ADUN ini ADUN itu telah melompat, Apa tunggu lagi, Lompat lah.

ADUN yang termakan kata-kata Anwar itu antaranya Datuk Lajim Ukin dan Datuk Robin Balang. Apabila dua ADUN PBS itu keluar PBS, maka tergulinglah PBS, kerana jumlah majoriti ADUN menyebelahi BN, menjadikan BN 25 dan PBS 23 daripada 48 kerusi Dun Sabah.
"Trick" lama ini, sekarang betul-betul digunapakai oleh Anwar. Atas sebab itu, pemimpin kaum cina dalam Bn, perlu menjelaskan cara Anwar ini kepada penyokong mereka, kerana dakwaan itu hanya mengelirukan kaum-kaum itu.
Jika benarlah kata-kata Anwar itu, bahawa kaum cina Sabah dan Sarawak menolak Bn, maka tidak mungkin, pada PRK Batu Sapi pada oktober 2010, Bn mampu mengekalkan kerusi itu, malah melalui PRK itu majoriti calon Bn bertambah berbanding majoriti pada PRU-12.
Demikian juga pada PRN Sarawak pada April 2011, kalaulah kaum cina benar-benar menolak Bn, maka sepatutnya seluruh kawasan yang ditandingi SUPP akan kalah, namun semua itu tidak berlaku; walaupun parti tertua BN itu kehilangan banyak kerusi termasuk kekalahan Presidennya.
Dakwaan Anwar bahawa kaum cina menolak Bn adalah satu pembohongan. Kalaulah kaum cina menolak Bn, maka tidak mungkin begitu ramai kaum itu hadir bersama-sama Ketua Menteri Sabah di Dataran Deasoka Kota Kinabalu pada majlis melancarkan Tahun Baru Cina peringkat negeri Sabah tahun 2013 malam semalam.
Sandakan
Demikian juga di Sandakan, jika benar bahawa kaum cina menolak BN, maka tidak mungkin begitu ramai kaum itu menghadiri majlis serupa yang dilancarkan oleh Presiden LDP Datuk VK Liew di Sandakan pada malam 3 Februari 2013.
Perang propaganda yang dijalankan Anwar terhadap kaum cina mempunyai matalamat untuk mengelirukan kaum itu supaya menyokong pembangkang, kerana beliau tahu, bahawa kaum melayu dan bumiputera kembali menyokong barisan nasional.
Anwar tahu hanya melalui sokongan pengundi cina kepada pembangkang pada kadar peratusan di atas 80 peratus bagi semua kawasan yang mempunyai pengundi kaum cina, boleh menjamin kemenangan calon-calon pembangkang, dan jika berlaku di bawah itu adalah sukar mempertahankan kawasan-kawasan yang dimenangi pada PRU-12, termasuk di Pulau Pinang.
Jangan lupa, pada PRU-1990, pengundi kaum cina pernah memberikan 14 kerusi Dun di Pulau Pinang kepada DAP, namun pada PRU-1995, calon-calon parti itu hampir kalah kesemuanya dan hanya menang satu kerusi DUN Batu Lanchang dengan majoriti 100 undi.
Tidak mustahil pada PRU-13, pengundi kaum cina akan kembali kepada Bn, kalaupun bukan keseluruhannya, jika berlaku sokongan kaum itu kepada pembangkang berkurang di bawah 70 peratus, maka kemungkinan kerajaan Pulau Pinang yang diperintah oleh DAP juga akan kalah.

Sunday, 3 February 2013

PRU13 COUNTDOWN : PARTI STAR ARAH PR KELUAR DARI SABAH & SURAT LAJIM!



PARTI STAR DAN DATUK DR. JEFFREY KITINGAN MEMUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN PAKATAN RAKYAT & MEMINTA PR KELUAR DARI BUMI SABAH!

Berita yang baru kami terima dari Kota Kinabalu - Parti STAR mendesak Pakatan Rakyat Keluar dari Bumi Sabah! Presiden STAR Sabah, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan yang juga adik kepada DSP Pairin Kitingan dalam desakannya semasa Kongres STAR di Kota Kinabalu, berkata rundingan STAR dengan Pakatan Rakyat yang diketuai Anwar Ibrahim sudah tutup. Tiada lagi kerjasama.

Di Tawau pula, beberapa Cawangan SAPP telah dibubarkan. Ketua Bahagian SAPP Tanjung Batu, Ardi Arsah, mengisytiharkan keluar dari SAPP bersama-sama dengan lebih 20 Cawangan SAPP di seluruh Tawau.

Apa sudah jadi dengan Pakatan Rakyat di Sabah???




LAJIM: SAYA MASIH AHLI UMNO, SAYA BARU TAHU SURAT-SURAT SAYA KEPADA PM NAJIB TIDAK DISAMPAIKAN OLEH SETPOL PM!
Khabarnya, Lajim Ukin sudah bersedia kembali semula ke pangkuan UMNO. Sehingga ke saat ini, Lajim masih ahli UMNO! Lajim Ukin sudah mengetahui rahsia mengapa surat-suratnya tidak sampai kepada DS Najib Tun Razak. Rupa-rupanya semua surat-surat Lajim Ukin kepada DS Najib tempohari disekat dan tidak disampaikan oleh salahseorang SETPOL PM!

Seorang orang paling kanan Lajim memberitahu kepada kami, Lajim sedih kerana surat-suratnya tidak sampai ke tangan PM! Seorang kenalan Lajim yang juga mantan Menteri Kabinet Negeri Sabah memberitahu kepada kami "Lajim akan menyertai semula BN sama ada menjelang PRU13 atau selepas PRU13".