Rakyat nak air... Dia buat highway.... Menteri Besar mana-lah tu... Ki ki ki...

1. Sikap Rafizi yang
cuba mengubah topik yang tidak berkaitan dengan topik perdebatan itu sangat
mendukacitakan. Pertanyaan yang tidak berkaitan dengan topik bagi saya tidak
usahlah dijawab oleh saudara KJ. Kalau perlu pun, itu mungkin dalam perdebatan
yang lain.
Isu muzakarah PAS
dengan UMNO bukannya isu baru,sudah kerap kali timbul dan sudah acap kali ia
senyap begitu saja.Panas dipermulaan kemudian sejuk berpanjangan saling tak
ubah seperti hangat-hangat tahi ayam.Acap kalinya isu muzakarah sering menjadi
senjata terakhir PAS bilamana berdepan dengan gelombang kebangkitan umat Islam
yang saban waktu semakin jelik dan meluat dengan tingkah laku PAS.kerapkali
juga apabila UMNO menyahut salam perdamaian dari PAS,watak hipokrasi dan
munafik Menteri Besar Kelantan,Nik Aziz Nik Mat akan muncul dengan pelbagai
syarat.motifnya satu,supaya isu muzakarah yang sudah disambut oleh UMNO akan
padam begitu saja.
