Sememangnya debat
antara KJ dan Rafizi mengenai topik PTPTN sangat hangat dibualkan. Ada yang
mendakwa bahawa KJ memenangi perdebatan itu, ada yang mendakwa Rafizi yang
menang, dan sebagainya. Berikut adalah fakta-fakta yang tepat dan benar
mengenai debat itu.
1. Sikap Rafizi yang
cuba mengubah topik yang tidak berkaitan dengan topik perdebatan itu sangat
mendukacitakan. Pertanyaan yang tidak berkaitan dengan topik bagi saya tidak
usahlah dijawab oleh saudara KJ. Kalau perlu pun, itu mungkin dalam perdebatan
yang lain.
2. Saudara Rafizi
kelihatan memilih perbandingan yang langsung tidak munasabah untuk menyokong
pendapatan beliau mengenai pendidikan percuma. Malah, beliau
memberi fakta yang salah kepada umum dan KJ tidak berkesempatan untuk membidas
fakta Rafizi.
3. Dakwaan Rafizi
bahawa negara Finland yang lebih miskin daripada Malaysia dan hanya
bersumberkan satu sahaja sumber ekonomi iaitu Nokia yang itu pun sedang
mengalami masalah kerana penguasaan Blackberry mampu memberikan pendidikan
percuma kepada rakyatnya, mengapa tidak Malaysia. Benarkah dakwaan itu?
4. Finland sebenarnya
mempunyai banyak sumber ekonomi. Statistik sumber ekonomi Finland untuk tatapan
umum:
A) Agriculture and
forestry 4.5%,
B.) Industry 18.3%
C.) Construction 7.3%
D.) Commerce 16%
E.) Finance,
Insurance, and Business services 14.5%,
F.) Transport and
communications 7%
G.) Public services
32.4%
Sekarang ni, mana
datangnya sumber dakwaan Rafizi yang mengatakan bahawa Finland hanya
bersumberkan ekonomi daripada Nokia sahaja?
5. Benarkah Finland
lebih miskin daripada Malaysia? Saya nak tergelak mendengarkan dakwaan saudara
Rafizi itu. Hehehehe... (gelak malu). Menurut data daripada Bank
Dunia, Malaysia jauh ketinggalan dalam ranking GDP. Finland menduduki
tangga ke-17. Malaysia punya kekayaan menduduki ranking ke-68. Apa kejadahnya
nak bandingkan Malaysia dengan Finland yang lebih kaya daripada Malaysia.
Bahkan dengan kekayaan negara yang ke-17 terkaya di dunia, Finland hanya perlu
menangung 5 Juta rakyat Mereka sedangkan Malaysia yang mempunyai kekayaan yang
ke 68 dunia, perlu menanggung 30 Juta rakyat Malaysia.
Sumber saya di sini:
http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_countries_by_GDP_(nominal)_per_capita6.
Perbandingan ini
sangat tidak relevan. Anda cuba membandingkan epal dengan rambutan (bak kata
saudara KJ). Saudara Rafizi ni, awak kena adil tau. Jangan nak spin fakta
macam ayahanda Anugerah Tuhan kamu itu. Hehehehe.. tak baik tau. Kita ambil
epal kalau nak dibandingkan dengan Epal. Erm... nak ambil contoh apa ya ?
7. Dah dapat! Apa
kata kita ambil Brazil yang menduduki di tangga yang lebih kurang sama dengan
kita. Brazil ialah salah satu daripada negara yang mendirikan pendidikan
percuma. Ya, pendidikan percuma tetapi tahukah saudara Rafizi bahawa cukai di
Negara Brazil ialah antara yang tertinggi di dunia? Tak..tak... saya tak buat
spesikulasi saya sendiri tau Pak Fizi ya? Tak percaya? Mari-mari, kita
mengembara lagi. Biar celik mata semua.
8.
http://thebrazilbusiness.com/article/the-16-most-common-brazilian-taxes
"Brazil is known
for charging a high tax burden from its citizens and companies established. We
will provide an overview of the most common taxes in Brazil, dividing them into
Federal, State and Municipal taxes."
Kenyataan itu dipetik
daripada orang Brazil sendiri. Lihat betapa tingginya dan banyak cukai di
negara mereka untuk menampung pendidikan percuma. Rafizi kena terima hakikat nothing
is free dalam dunia ini. Ada harga yang perlu dibayar
sekiranya mahukan pendidikan percuma. Dan harga yang perlu dibayar untuk
pendidikan percuma ialah CUKAI YANG TINGGI.
9. Tak puas hati
lagi? Mari-mari menjelajah negara nombor satu dalam sukan bola sepak ini. Lagi
artikel yang merungut mengenai hidup di Brazil yang sangat tinggi dengan cukai.
Mereka memberi tajuk kepada artikel ini dengan ayat ini:
" Everyday
taxes in Brazil: IPVA, IPTU and IPTR!"
Nak link ke ? Takut
saya menipu? Ehh, jangan tuduh tau.
Saya ni sesuci Anugerah
Tuhan dan Pak Rafizi ye? ..Nah, ambil ni:
http://thebrazilbusiness.com/article/everyday-taxes-in-brazil-ipva-iptu-and-iptr
10. Saudara Rafizi
mengatakan bahawa pendidikan di Turki itu percuma. Heheheh, kaki kelentong
betul lah awak ni. Awak fizi yang comel, tak nampak ke apa yang berlaku di
Turki? Kalau pengikut-pengikut kamu, bolehlah kamu tipu ye? Tapi, tidak saya.
http://www.businessturkeytoday.com/turkey-students-arrested-for-demanding-free-education-during-protests.html
Eh, apa benda tu?
Kata Turkey ni menyediakan pendidikan percuma kepada rakyat, tetapi kenapa
sebaliknya? Sampai kena tangkap tu Mahasiswa Turkey. Hehehehe... Rafizi,
udah-udahlah tu ya menjadi penipu ?
11. Kalau kita lihat
pada permulaan debat, kita dapat melihat statistik dan nombor yang dikeluarkan
oleh KJ mengenai perbelanjaan yang sedang ditanggung dan bakal ditanggung oleh
kerajaan sekiranya mahukan pendidikan percuma. Kemudian, Rafizi membidas bahawa
fakta itu penipuan dan mereka membuat kiraan mereka sendiri lalu menampilkan
nombor mereka sendiri.
12. Sekarang, saya
mahu bertanya kepada semua, anda percayakah fakta daripada Rafizi ini sedangkan
dia sudah menipu kita dengan teori Finland dan Turkinya? Sekali menipu, dua
kali menipu, tak mustahil dia akan menipu untuk sekian kalinya memandangkan
penipuan itu ialah darah dagingnya.
13. Perkara lain,
saya tak perlu saya ulas pajang lebar. Isu hutang dan sebagainya, saya rasa dah
dijawab dengan kemas oleh saudara KJ.
14. Oh ya, ada lagi
yang saya nak perkatakan. Rafizi suruh sifu kamu tu tunaikan janji bulan
bintangnya pada penduduk Selangor. Bukan satu dua ye, berbelas tau. Ini
janjinya pada penduduk Selangor pada PRU yang lepas pun tak habis
ditunaikan, ada hati bercakap mengenai topik yang lebih besar.
15. Meh, saya
senaraikan janji-janji puak anda yang tak tertunaikan sebelum nak menabur janji
lain.
- membuka tabung
permulaan RM 100 bagi setiap anak kelahiran selangor.
-memberi bantaun RM
75.00 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nuseri.
-memberi bantuan RM
50 kepada seorang bagi pendidikan pra sekolah.
-memberi hadiah
tawaran RM 1000 kepada setiap anak selangor yang masuk ke universiti.
Dan belasan lagi
janji-janji2 yang terabai.
Kesimpulannya ialah
kebanyakan daripada fakta yang dibentangkan oleh Rafizi sebenarnya lebih kepada
puta belit yang dipelajari daripada sifunya Anwar Ibrahim. Dan motif artikel
ini ditulis untuk menjawab tuduhan tidak berasas Rafizi. Setakat ini sahaja
yang mampu saya nukilkan, InsyaALLAH kalau ada kesempatan, saya akan kembali
menyambung artikel ini, mungkin dengan analisis yang lebih padat dengan
fakta.
Akhir kata daripada saya, TAHNIAH SAUDARA KJ KERANA berani berdepan
dengan orang seperti Rafizi Ramli yang suka lari daripada tajuk dan kaki spin
ini. Hehehehe.... Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment