Keputusan DAP tidak menyambung tempoh anggota Dewan
Negara Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim adalah satu indikasi bagaimana parti
rasis dan chauvinis Cina itu melihat kepada pemimpin Melayu di dalam parti. Apa yang terjadi kepada Naib Presiden DAP itu
sepatutnya menjadi pengajaran amat berguna kepada orang Melayu dan beberapa
kerat individu Melayu yang kononnya melihat parti itu memperjuangkan nasib
bangsa Melayu.Untuk memancing undi, DAP cuba menonjolkan imej
prihatin kepada orang Melayu dengan mengatakan mereka memberi tempat kepada
pemimpin Melayu di dalam parti itu.
Maka Tunku Aziz pun dilantik sebagai salah satu naib
presiden DAP untuk mengaburi mata orang Melayu.Keadaan itu berubah apabila Tunku Aziz bersuara
sedikit mengkritik penganjuran perhimpunan Bersih 3.0 yang disokong DAP dan
parti pembangkang yang lain.Dengan pantas DAP yang dikatakan sayang dan mengambil
berat kepada Orang Melayu mencantas anggota diraja Kedah itu daripada terus
memegang jawatan Senator.
Bagi DAP, orang Melayu boleh pegang jawatan tinggi
dalam parti itu, mungkin juga sampai menjadi pengerusi, tetapi mereka hendaklah
diam membisu serta menjadi seperti tunggul.Membuka mulut untuk memperjuangkan hak-hak orang
Melayu di dalam DAP bermakna mengundang padah kepada karier politik mereka.Taktik DAP memikat hati orang Melayu setakat ini telah
berjaya menjadikan PAS sebagai kuda tunggang yang setia.Kesetiaan PAS kepada DAP terbukti apabila parti itu
sanggup mengorbankan prinsip perjuangan negara Islam semata-mata untuk menjaga
hati DAP.
Kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang bahawa parti
itu tidak boleh melaksanakan hukum hudud dan mewujudkan negara Islam sehingga
mencukupi syarat.Apa yang dikatakan beliau amat bertentangan dengan
semangat berkobar-kobar PAS Kelantan meluluskan enakmen hukum hudud 20 tahun
dahulu kononnya sebagai langkah pertama penubuhan daulah Islam di negara ini.
Persoalannya apa yang sudah jadi dengan enakmen
undang-undang hudud versi PAS? Adalah disebabkan persengkolan mereka denga
parti rasis Cina DAP, hukum hudud pun PAS sanggup campak ke luar tingkap?.Inilah sikap hipokrit dan bermuka dua yang ditunjukkan
PAS dalam isu negara Islam.Semasa mereka belum menjadi rakan kongsi bersama DAP
dalam Pakatan Rakyat, DAP dianggap sebagai musuh kerana mereka golongan kuffar.Tetapi apabila sudah tidur sebantal dengan DAP,
semuanya menjadi halal.
DAP tidak lagi dilabel sebagai kafir harbi, malah PAS
berkata perjuangan parti itu selari dengan slogan 'Malaysian Malaysia' yang
diperjuangkan parti itu.Kenyataan Abdul Hadi membuktikan bahawa PAS telah
melutut sepenuhnya kepada kehendak DAP yang menentang konsep Daulah
Islamiyahnya.Berbeza dengan DAP yang terus mengekal slogan
'Malaysian Malaysia'nya, PAS pula telah menukar warna politiknya.
Daripada perjuangan menegakkan Negara Islam, PAS
melunakkannya menjadi Negara Berkebajikan untuk menjaga hati DAP.DAP adalah seperti serigala yang berbulu biri-biri.
Jika PAS dan orang Melayu di dalam DAP dan PKR masih
dibuai mimpi berfikir DAP akan menjaga dan memperjuangkan hak serta nasib
mereka, satu hari nanti mereka akan bangkit dari tidur lena sebagai rakyat
kelas dua yang ditindas seperti mana di Singapura.

No comments:
Post a Comment