Pages

Wednesday, 31 October 2012

PENGGANAS.......


KUALA LUMPUR: Kerajaan telah mengesahkan dua orang rakyat Malaysia yang ditahan oleh pihak berkuasa Lubnan pada Khamis lepas sebagai pengganas. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjelaskan mereka yang ditahan itu telah berada di bawah pengawasan dan risikan kerajaan.

"Mereka telah di bawah pemantauan risikan kita sejak setahun dahulu. Cuma hari ini kita maklumkan pada orang ramai oleh kerana penahanan yang dibuat di Lubnan," katanya pada sidang media di Parlimen di sini, kelmarin.
Kerajaan tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap suspek kerana mahu menunggu masa yang tepat, jelas Hishammudin ketika diminta mengulas mengapa kerajaan tidak bertindak walaupun telah membuat pemantauan selama setahun.

"Badan-badan perisikan perlu mengambil tindakan pada masa yang sesuai. (Sebelum ini) Mas Selamat telah dipantau selama lapan bulan sebelum tindakan diambil supaya badan risikan dapat mengumpul maklumat yang tepat dan lengkap," katanya.

Hishammuddin berkata bilangan orang di bawah pengawasan kerajaan adalah ramai tetapi jumlah itu tidak perlu didedahkan kerana ada sebahagiannya merupakan rakyat Malaysia dan ada yang dari negara lain.

Sementara itu, Hishammuddin juga berkata, akta baru yang menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri telah diberi peruntukan untuk berurusan dengan kes-kes keganasan.

"Ini sesuatu yang perlu diterima oleh semua pihak kerana tiada yang akan setuju dan menyokong aktiviti keganasan," katanya.

Khamis lalu, pihak berkuasa Lubnan telah menahan dua orang rakyat Malaysia dipercayai pengebom berani mati dan disyaki ada kaitan dengan organisasi pengganas al-Qaeda.

Mohamad Razin Shahar Mustapha Kamal, 21, dan Razif Mohamad Ariffin, 28, telah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut. (Malaysian Digest)

Sunday, 7 October 2012

AMANAT TUNKU AZIZ...


PAS BERCERAMAH TENTANG HARAM MINUM ARAK!! TAPI MINTA SPONSOR AIR SETAN TIGER!!


Beginilah wajah seorang pemolitik Pas yang juga sering kelihatan memberi kuliah di masjid dan layaknya disebut sebagai pejuang Islam oleh Pas.

Tetapi memandangkan statusnya yang disebut sebagai pejuang Islam adalah kurang manis apabila membuat ucapan seolah-olah menggalakkan pembinaan patung-patung besar di Kelantan yang jelas bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenarnya.

Banyak negara bukan Islam di Asia ni tidak punyai patung-patung sebagaimana besarnya patung yang berada di Kelantan, kebebasan beragama diluar batas yang melebihi apa yang terdapat dinegara bukan Islam adalah satu kebebasan yang tidak kena pada tempatnya dan sekaligus jauh bercanggah dari apa yang kononnya diperjuangkan oleh Pas.

Benarkah Pas ni berjuang Islam?

TERKINI !! FOTO PEMIMPIN PAKATAN HARAM DENGAN PELACOR ?!! (nikah sahaja)


Adakah foto di bawah ini pemimpin pembangkang yang sedang berseronok dengan sekumpulan GRO ??? Menurut sumber foto-foto ini di rakam di sebuah pusat hiburan tetapi lokasinya tidak di ketahui. Apapun sudah menjadi kebiasaan bagi para pemimpin PKR,DAP dan juga PAS sarat dengan skandal seks tidak kiralah dengan GRO, isteri orang malah dengan anak sendiri pun mereka bikin cerita. Tidak sah kalau tidak ada skandal seks dari kalangan mereka. Ingat seks ingat PR !!!

Apapun kita masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renung-renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!


Wednesday, 3 October 2012

Umno ukur baju BN...


Sudahkah 13 parti komponen BN semuanya bersedia untuk menghadapai PRU 13. Nampak macam sudah, nampak macam belum.  Sudahkah ahli-ahli UMNO bersedia fizikal dan mental.  Bersedia untuk memperkukuhkan jentera, bersatu hati dalam memperluaskan sokongan dan menyokong calon bukan pilihan kita, ataupun sudah ikhlaskan hati sebab dah tahu nama sendiri tidak berjaya dishortlistkan oleh pucuk pimpinan. Musuh kita dalam satu Bahagian yang naik namanya. Dah order ke belum poster parti yang ada gambar sendiri. Atau orang UMNO masih lagi terpinga-pinga hilang punca dek kerana sibuk mencari tender dan mengumpul harta atau orang UMNO cuma nak tumpang Hassan Ali, Ali Tinju dan Perkasa. Masalah tuu...

Kabinet bayangan pembangkang bukti Anwar utamakan kroni

Kabinet bayangan pakatan pembangkang seperti yang didedahkan pengendali blog papagomo.com jelas membuktikan konsep kronisme yang dipopularkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Mengikut pendedahan yang dibuat pengendali blog berkenaan,

Anwar sendiri akan mengetuai Kerajaan Pakatan Rakyat dengan menjadi Perdana Menteri jika PR berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13).

Beliau yang dikatakan ‘master mind’ dalam pembentukan ‘kabinet angan-angan’ itu turut menyenaraikan isterinya, Wan Azizah Ismail dan anaknya, Nurul Izzah Anwar sebagai menteri.

Tidak cukup dengan itu, beliau membayangkan untuk melantik rakan-rakanya seperti Azmin Ali, Husam Musa dan Elizabeth Wong untuk menjawat jawatan portfolio penting dalam kerajaan.

Kabinet bayangan itu jelas menampakkan usaha Anwar menjadikan pentadbiran negara sebagai milik keluarga dan sahabat-sahabatnya jika PR berjaya membentuk kerajaan.

“Kami bukan lagi Islamis, tetapi Islamis Demokrat,”


begitulah kenyataan Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Penyelidikan PAS Pusat seperti dilaporkan Mkini dotcom yang turut disalinkan ke laman peribadi beliau, drdzul.com dan dipetik oleh AIDC.

Dengan menyebut ‘kami’, maka Dr. Dzul semestinya merujuk kepada PAS, iaitu parti yang diwakilinya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli forum “A Rising Economic Tide that Lifts All Boats” anjuran REFSA (Research For Social Advancement) pada 17 September di Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.   Turut sama berforum bersama Dzulkefly adalah Nurul Izzah Anwar (PKR) dan dua wakil DAP, Liew Chin Tong dan Dr Ong Kian Ming.

Menjelaskan istilah Islamis Demokrat, Dr. Dzul berkata ia adalah sealiran dengan pendirian gerakan Islam seluruh dunia yang berubah-ubah di mana kini telah beralih dari “doktrin Negara Islam” kepada doktrin lain yang lebih mudah difahami oleh masyarakat umum.