Beginilah
wajah seorang pemolitik Pas yang juga sering kelihatan memberi kuliah di masjid
dan layaknya disebut sebagai pejuang Islam oleh Pas.
Tetapi
memandangkan statusnya yang disebut sebagai pejuang Islam adalah kurang manis
apabila membuat ucapan seolah-olah menggalakkan pembinaan patung-patung besar
di Kelantan yang jelas bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenarnya.
Banyak
negara bukan Islam di Asia ni tidak punyai patung-patung sebagaimana besarnya
patung yang berada di Kelantan, kebebasan beragama diluar batas yang melebihi
apa yang terdapat dinegara bukan Islam adalah satu kebebasan yang tidak kena
pada tempatnya dan sekaligus jauh bercanggah dari apa yang kononnya
diperjuangkan oleh Pas.
Benarkah
Pas ni berjuang Islam?
atau
Pas sebagai penolong kepada penyebaran agama selain Islam, jika begitu apa
perlunya Pas mengatakan mereka berjuang Islam?
Nabi
bila memasuki kota Mekah, segala berhala dijatuhkan, Nik Aziz memasuki serambi
Mekah segala berhala dinaikkan, apakah cara Nabi dan cara Nik Aziz itu sama?.
Lebih
ketara lagi banner arak brand Tiger disebelahnya, mungkin YB Pas ini ingin
mengajak umat Islam supaya membiasakan diri dengan perkara yang diharamkan oleh
Islam, atau arak berjenama Tiger ni sudah dihalalkan oleh Pas ?, tolong promote
lah gamaknya.
Kalaulah
kawasan tersebut bukan dibawah pemerintahan Ulamak selama 22 tahun, tidaklah
menjadi masalah, ia boleh dikatakan sebagai pemula dakwah dikawasan itu, tetapi
kalau dah 22 tahun perintah, orang bukan Islam langsung tidak merasa malu dan
hormat dengan membiarkan banner Tiger itu terpampang disitu sedangkan arak itu
adalah haram bagi umat Islam.
Apa
yang dapat dibayangkan dengan sikap pemimpin Pas itu, bukankah jika orang bukan
Islam menghormati pemimpin Pas,
mereka akan bertindak menutupi banner tersebut sepanjang kehadiran pemimpin Pas
disitu.
Tapi
kerana undi pemimpin Pas sanggup buang agama demi parti, justeru itu adalah
sama sekali tidak layak untuk Pas mengatakan mereka berjuang Islam sedangkan
dakwah Islam langsung tidak berkembang, rakyat Kelantan boleh perhatikan
dikawasan anda, berapa orang sudah memeluk agama Islam sepanjang 22 tahun
pemerintahan Pas di Kelantan?
Nik
Aziz sendiri selama 22 tahun sampai ke 22 orang bukan Islam berjaya
diislamkannya, jika tidak tak perlu Pas nak kata mereka berjuang Islam, kerana
pemimpin Pas pun sama saja dengan pemimpin Umno.
Ceramah
Pas bukan jelaskan keindahan Islam, tetapi lebih kepada memaki hamun pemimpin
Umno, apakah sikap itu akan mendekatkan masyarakat dengan Islam.
No comments:
Post a Comment