Pages

Wednesday, 31 October 2012

PENGGANAS.......


KUALA LUMPUR: Kerajaan telah mengesahkan dua orang rakyat Malaysia yang ditahan oleh pihak berkuasa Lubnan pada Khamis lepas sebagai pengganas. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjelaskan mereka yang ditahan itu telah berada di bawah pengawasan dan risikan kerajaan.

"Mereka telah di bawah pemantauan risikan kita sejak setahun dahulu. Cuma hari ini kita maklumkan pada orang ramai oleh kerana penahanan yang dibuat di Lubnan," katanya pada sidang media di Parlimen di sini, kelmarin.
Kerajaan tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap suspek kerana mahu menunggu masa yang tepat, jelas Hishammudin ketika diminta mengulas mengapa kerajaan tidak bertindak walaupun telah membuat pemantauan selama setahun.

"Badan-badan perisikan perlu mengambil tindakan pada masa yang sesuai. (Sebelum ini) Mas Selamat telah dipantau selama lapan bulan sebelum tindakan diambil supaya badan risikan dapat mengumpul maklumat yang tepat dan lengkap," katanya.

Hishammuddin berkata bilangan orang di bawah pengawasan kerajaan adalah ramai tetapi jumlah itu tidak perlu didedahkan kerana ada sebahagiannya merupakan rakyat Malaysia dan ada yang dari negara lain.

Sementara itu, Hishammuddin juga berkata, akta baru yang menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri telah diberi peruntukan untuk berurusan dengan kes-kes keganasan.

"Ini sesuatu yang perlu diterima oleh semua pihak kerana tiada yang akan setuju dan menyokong aktiviti keganasan," katanya.

Khamis lalu, pihak berkuasa Lubnan telah menahan dua orang rakyat Malaysia dipercayai pengebom berani mati dan disyaki ada kaitan dengan organisasi pengganas al-Qaeda.

Mohamad Razin Shahar Mustapha Kamal, 21, dan Razif Mohamad Ariffin, 28, telah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut. (Malaysian Digest)

Sunday, 7 October 2012

AMANAT TUNKU AZIZ...


PAS BERCERAMAH TENTANG HARAM MINUM ARAK!! TAPI MINTA SPONSOR AIR SETAN TIGER!!


Beginilah wajah seorang pemolitik Pas yang juga sering kelihatan memberi kuliah di masjid dan layaknya disebut sebagai pejuang Islam oleh Pas.

Tetapi memandangkan statusnya yang disebut sebagai pejuang Islam adalah kurang manis apabila membuat ucapan seolah-olah menggalakkan pembinaan patung-patung besar di Kelantan yang jelas bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenarnya.

Banyak negara bukan Islam di Asia ni tidak punyai patung-patung sebagaimana besarnya patung yang berada di Kelantan, kebebasan beragama diluar batas yang melebihi apa yang terdapat dinegara bukan Islam adalah satu kebebasan yang tidak kena pada tempatnya dan sekaligus jauh bercanggah dari apa yang kononnya diperjuangkan oleh Pas.

Benarkah Pas ni berjuang Islam?

TERKINI !! FOTO PEMIMPIN PAKATAN HARAM DENGAN PELACOR ?!! (nikah sahaja)


Adakah foto di bawah ini pemimpin pembangkang yang sedang berseronok dengan sekumpulan GRO ??? Menurut sumber foto-foto ini di rakam di sebuah pusat hiburan tetapi lokasinya tidak di ketahui. Apapun sudah menjadi kebiasaan bagi para pemimpin PKR,DAP dan juga PAS sarat dengan skandal seks tidak kiralah dengan GRO, isteri orang malah dengan anak sendiri pun mereka bikin cerita. Tidak sah kalau tidak ada skandal seks dari kalangan mereka. Ingat seks ingat PR !!!

Apapun kita masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renung-renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!


Wednesday, 3 October 2012

Umno ukur baju BN...


Sudahkah 13 parti komponen BN semuanya bersedia untuk menghadapai PRU 13. Nampak macam sudah, nampak macam belum.  Sudahkah ahli-ahli UMNO bersedia fizikal dan mental.  Bersedia untuk memperkukuhkan jentera, bersatu hati dalam memperluaskan sokongan dan menyokong calon bukan pilihan kita, ataupun sudah ikhlaskan hati sebab dah tahu nama sendiri tidak berjaya dishortlistkan oleh pucuk pimpinan. Musuh kita dalam satu Bahagian yang naik namanya. Dah order ke belum poster parti yang ada gambar sendiri. Atau orang UMNO masih lagi terpinga-pinga hilang punca dek kerana sibuk mencari tender dan mengumpul harta atau orang UMNO cuma nak tumpang Hassan Ali, Ali Tinju dan Perkasa. Masalah tuu...

Kabinet bayangan pembangkang bukti Anwar utamakan kroni

Kabinet bayangan pakatan pembangkang seperti yang didedahkan pengendali blog papagomo.com jelas membuktikan konsep kronisme yang dipopularkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Mengikut pendedahan yang dibuat pengendali blog berkenaan,

Anwar sendiri akan mengetuai Kerajaan Pakatan Rakyat dengan menjadi Perdana Menteri jika PR berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13).

Beliau yang dikatakan ‘master mind’ dalam pembentukan ‘kabinet angan-angan’ itu turut menyenaraikan isterinya, Wan Azizah Ismail dan anaknya, Nurul Izzah Anwar sebagai menteri.

Tidak cukup dengan itu, beliau membayangkan untuk melantik rakan-rakanya seperti Azmin Ali, Husam Musa dan Elizabeth Wong untuk menjawat jawatan portfolio penting dalam kerajaan.

Kabinet bayangan itu jelas menampakkan usaha Anwar menjadikan pentadbiran negara sebagai milik keluarga dan sahabat-sahabatnya jika PR berjaya membentuk kerajaan.

“Kami bukan lagi Islamis, tetapi Islamis Demokrat,”


begitulah kenyataan Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Penyelidikan PAS Pusat seperti dilaporkan Mkini dotcom yang turut disalinkan ke laman peribadi beliau, drdzul.com dan dipetik oleh AIDC.

Dengan menyebut ‘kami’, maka Dr. Dzul semestinya merujuk kepada PAS, iaitu parti yang diwakilinya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli forum “A Rising Economic Tide that Lifts All Boats” anjuran REFSA (Research For Social Advancement) pada 17 September di Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.   Turut sama berforum bersama Dzulkefly adalah Nurul Izzah Anwar (PKR) dan dua wakil DAP, Liew Chin Tong dan Dr Ong Kian Ming.

Menjelaskan istilah Islamis Demokrat, Dr. Dzul berkata ia adalah sealiran dengan pendirian gerakan Islam seluruh dunia yang berubah-ubah di mana kini telah beralih dari “doktrin Negara Islam” kepada doktrin lain yang lebih mudah difahami oleh masyarakat umum.

Tuesday, 3 July 2012

PRU KE 13


Pemimpin pembangkang menganggap Najib tidak membubarkan parlimen kerana BN belum bersedia dan takut kalah.   Lalu, pembangkang kata itu satu kemenangan moral kepada mereka.

Saya mempunyai pandangan berbeza...  Itulah Najib yang mendahulukan rakyat. Melambat-lambatkan pembubaran parlimen juga satu kehendak rakyat. Pembangkang mungkin sudah lupa apa yang mereka kata.  Sebelum ini pemimpin pembangkang menegaskan tidak akan mengadakan PRU lebih awal di peringkat negeri jika parlimen dibubarkan awal.  Mereka akan mengadakan PRU peringkat negeri secara berasingan.

Monday, 18 June 2012

BN Dalam Bahaya, Lajim Ukin Letak Semua Jawatan Dari UMNO !!



Panas..!!!!, pemimpin UMNO Sabah yang disebut-sebut bakal menyertai KEADILAN, Datuk Seri Lajim Ukin meletak jawatan selaku Ketua Cawangan UMNO Kerambai Kebatu sehari selepas Datuk Seri Najib Razak melawat Sabah.


Beliau yang sebelum ini juga mengumum enggan pertahan jawatan Ketua Bahagian UMNO Beaufort sudah menghantar surat peletakan jawatan itu kepada Setiausaha Umno Bahagian Beaufort baru-baru ini.

Dengan senario terbaru ini nampaknya Najib Razak dan BN bakal menempuh laluan cukup sukar pada PRU13 ini nanti.. Rakyat Sabah lebih tahu segalanya..

Bumi yg dipijak kini milik orang bila ia dipenuhi warga asing yg dpt kerakyatan semata2 utk undi BN setiap kali pilihanraya.

Apakah, ini petanda awal BN akan berkubur riwayatnya pada Pilihanraya Umum ke-13 ini nanti ...

Wednesday, 30 May 2012

Lain yang rakyat minta..lain pula yg dia bagi...


Rakyat nak air... Dia buat highway.... Menteri Besar mana-lah tu... Ki ki ki...
 


Monday, 28 May 2012

Tun M

Muslimin & muslimat

Insan ini bukan ulamak,namun dia tetap menunaikan solat iaitu kewajiban seorang muslim.

Dia mengaku ilmu agamanya tidak sehebat TGNA.Tapi dialah yang mengerakkan negara islam yang lain untuk membantu ketika umat islam disana disembelih oleh pengganas Serb.

Dia pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestine.

Insan ni digelar MahaFiraun,dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Zionis keatas umat islam serta mempertahankan islam dimata dunia.Dia tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa2.

Ketika saudara islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya.Dia dijemput oleh Allah SWT masuk ke dalam Kaabah.

PALING UTAMA
Seumur hidupnya,dia tiada video seks dan tidak pernah menyokong usaha menyelamatkan negara Israel

Wednesday, 23 May 2012

Ini adalah kertas undi pilihan raya kat Mesir...ada nmpk logo bulan PAS tak yg dikatakan Islam sgt tu...


Analisis Debat PTPTN...


Sememangnya debat antara KJ dan Rafizi mengenai topik PTPTN sangat hangat dibualkan. Ada yang mendakwa bahawa KJ memenangi perdebatan itu, ada yang mendakwa Rafizi yang menang, dan sebagainya. Berikut adalah fakta-fakta yang tepat dan benar mengenai debat itu. 

1. Sikap Rafizi yang cuba mengubah topik yang tidak berkaitan dengan topik perdebatan itu sangat mendukacitakan. Pertanyaan yang tidak berkaitan dengan topik bagi saya tidak usahlah dijawab oleh saudara KJ. Kalau perlu pun, itu mungkin dalam perdebatan yang lain. 

2. Saudara Rafizi kelihatan memilih perbandingan yang langsung tidak munasabah untuk menyokong pendapatan beliau mengenai  pendidikan percuma.  Malah, beliau memberi fakta yang salah kepada umum dan KJ tidak berkesempatan untuk membidas fakta Rafizi. 

3. Dakwaan  Rafizi bahawa negara Finland yang lebih miskin daripada Malaysia dan hanya bersumberkan satu sahaja sumber ekonomi iaitu Nokia yang itu pun sedang mengalami masalah kerana penguasaan Blackberry mampu memberikan pendidikan percuma kepada rakyatnya, mengapa tidak Malaysia. Benarkah dakwaan itu?

Monday, 21 May 2012

MUZAKARAH PAS DAN UMNO HANYA DRAMA FIKSYEN ???

Isu muzakarah PAS dengan UMNO bukannya isu baru,sudah kerap kali timbul dan sudah acap kali ia senyap begitu saja.Panas dipermulaan kemudian sejuk berpanjangan saling tak ubah seperti hangat-hangat tahi ayam.Acap kalinya isu muzakarah sering menjadi senjata terakhir PAS bilamana berdepan dengan gelombang kebangkitan umat Islam yang saban waktu semakin jelik dan meluat dengan tingkah laku PAS.kerapkali juga apabila UMNO menyahut salam perdamaian dari PAS,watak hipokrasi dan munafik Menteri Besar Kelantan,Nik Aziz Nik Mat akan muncul dengan pelbagai syarat.motifnya satu,supaya isu muzakarah yang sudah disambut oleh UMNO akan padam begitu saja.

Walhal jika benar ikhlas untuk membicarakan masalah umat dan bermuzakarah mencari titik temu yang tersembunyi disebalik ketegangan sesama kita, apa perlunya menetapkan syarat itu ini ??? Sepatutnya cukuplah sekadar memiliki keikhlasan hati dan fikiran.Sedangkan semasa PAS kelihatan begitu taat mengiku kehendak DAP dan PKR sepanjang kerjasama mereka dalam pakatan Haram,tidak kedengaran satu pun syarat yang menetapkan kedua-dua rakan sekatil itu mengikut telunjuk dan kehendak PAS.Sama-sama kita fikirkan...

Saturday, 19 May 2012

POK NIK Banyak Melukai Orang Melayu Untuk Perpaduan

Semakin tua semakin merapu POK NIK membuka ruang untuk parti itu bermuzakarah dengan UMNO menimbulkan pelbagai persoalan serta keraguan.Apa muslihatnya untuk Muzakarah dengan UMNO tiba tiba saja dengan menggunakan Syarat yang tidak munasabah langsung...Ingatkan untuk perpaduan Umat Islam Kita untuk dibincangkan...Selepas ini janganlah percaya lagi dengan POK NIK Menteri Besar Kelantan itu antara individu yang lantang menghalang usaha bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa berbincang dengan UMNO untuk menubuhkan sebuah kerajaan perpaduan beberapa tahun dahulu.POK NIK sudah buang tabiat kerana sebelum ini beliau menghalang sebarang usaha seumpamanya sehingga menggesa Nasharudin dibuang daripada parti kerana mengadakan perbincangan dengan UMNO untuk menubuhkan kerajaan perpaduan.

Tuesday, 15 May 2012

Melayu Dalam Pakatan Rakyat Melutut Kepada DAP


Keputusan DAP tidak menyambung tempoh anggota Dewan Negara Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim adalah satu indikasi bagaimana parti rasis dan chauvinis Cina itu melihat kepada pemimpin Melayu di dalam parti. Apa yang terjadi kepada Naib Presiden DAP itu sepatutnya menjadi pengajaran amat berguna kepada orang Melayu dan beberapa kerat individu Melayu yang kononnya melihat parti itu memperjuangkan nasib bangsa Melayu.Untuk memancing undi, DAP cuba menonjolkan imej prihatin kepada orang Melayu dengan mengatakan mereka memberi tempat kepada pemimpin Melayu di dalam parti itu.

Polemik Negara Islam PAS - DAP Akan Kuburkan Pakatan


Nampaknya setiap kali hampir demam pilihan raya, isu negara Islam akan timbul semula.
Yang menjadi karektor dalam adegan polemik isu negara Islam ialah PAS sebagai protaganis atau pelopor dan DAP yang menentang atau antagonis.
Setiap kali PAS membuka mulut cuba menghidupkan impiannya untuk membentuk Daulah Islamiyah a ala acuan politiknya, DAP akan segera menghentam.
Lebih dua dekad lalu semasa kedua-dua parti masih menjadi seteru ketat politik, Karpal Singh mencabar pemimpin PAS supaya 'langkah mayatnya dahulu' jika berani menampilkan cita-cita perjuangan mereka.
Kini perkelahian mereka masih berterusan; yang berbeza hanya kedua-duanya kini menjadi rakan kongsi dan kawan baik dalam Pakatan Rakyat.

Terkini, Karpal yang sudah menjadi Pengerusia Kebangsaan DAP mengkritik Presiden PAS, Abdul Hadi Awang kerana bercakap mengenai cita-cita PAS mahu menubuhkan negara Islam.
Abdul Hadi berkata sekiranya parti itu menjadi rakan kongsi terkuat dalam kerajaan pusat apabila memerintah kelak, impian itu akan menjadi realiti.Malah PAS mahu meminda Perlembagaan Persekutuan untuk merealisasikan cita-citanya itu.

Tuesday, 8 May 2012

PAS JADI KELDAI DAP....?

Cuba kita fikir secara logik adakah pemimpin DAP ini mahu betul2 mendekati Islam spt yg dilaungkan puak2 PAS atau mereka ini sebenarnya mempunyai agenda politik tersirat utk menarik sokongan org melayu kpd DAP bagi memperkasakan partinya dimana sekarang undi cina sudah berada kemas dlm gengamannya....nmpknya PAS masih bodoh dan tidak sedar permainan politik DAP walaupun PAS mengatakan DAP adalah dibawah satu parti Pakatan tetapi DAP berfikiran siapa yg banyak kerusi dlm Pakatan dia lah Ketua...maka PAS pun jadilah keldai buat selama2nya..

Monday, 7 May 2012

Sabah for Sabahan - menutup ruang rakyat negeri ini menjadi pemimpin negara

 
Pembangkang ke hulu ke hilir berkempen ‘Sabah Untuk Orang Sabah'. Sebenarnya tindakan ini menutup peluang rakyat negeri ini memimpin di peringkat nasional. Selain itu, tindakan itu juga dilihat memperkecil-kecilkan keupayaan orang Sabah, yang jelas berkebolehan menjadi pemimpin di Malaysia.


Janji Bulan Bintang Pembangkang menjelang pilihanraya adalah perkara lumrah

 
 Disebabkan mereka tahu tidak perlu menunaikan janji-janji itu, maka pembangkang melontarkan berbagai janji termasuk bulan dan bintang.

Bukti nyata apabila mereka berjanji pada rakyat Selangor pada PRU-12; terbukti hanya satu janji sahaja mereka dapat tunaikan yakni pemberian air 20 meterpadu kepada rakyat Selangor dengan cara memaksa SYABAS melakukannya. Air bolehlah diberi, kerana air adalah pemberian Tuhan secara semulajadi.

I AM PM IN WAITING


Sindrom 'Winnable Candidate'


Apabila DS Najib menyatakan bahawa hanya calon boleh menang (winnable candidate) yang akan dicalonkan pada PRU-13 akan datang, maka berbagai kaedah digunakan oleh individu-individu yang beraspirasi mahu menjadi Yang Berhormat.

Walaupun Najib tidak membuat perician ciri-ciri calon yang boleh menang, namun rakyat dapat menterjemahkan kenyataan itu.

Thursday, 3 May 2012

BERSIH 3.0 Antara Tomahan Pembangkang Dan Fakta Sebenar


1. Polis Guna Kekerasan
sebenarnya : polis bertindak setelah dirempuh oleh peserta yg bertindak agresif & melanggar perintah mahkamah dgn memasuki Dataran Merdeka.13 anggota polis cedera,2 petugas media menerima nasib yg sama.
*kasar lawan kasar,dah korang rempuh polis..takkan le diaorg nak sambut dgn joget zapin lak..

2.DSAI Mendakwa Beliau Tidak Berniat Jahat
sebenarnya : jelas anwar beri isyarat tgn pada azmin sebelum azmin menyebut masuk,DM boleh masuk.polis terpaksa gunakan tear gas & pancutan air utk mengelakkan terjadinya pertempuran fizikal.

3.Pembangkang Dakwa 300,000 sertai Bersih
sebenarnya : anggaran polis,lebih kurg 35,000 peserta,..malah media asing menganggarkan jumlah peserta tidak melebihi 50,000 org.
*majoriti tetap menang.

4.Polis Didakwa Mencetuskan Provokasi
sebenarnya : video rakaman menunjukkan polis tidak menghalang peserta perhimpunan berhimpun.Tindakan hanya diambil setelah peserta merempuh sekatan kira2 jam 3 ptg.

5.Kenderaan Polis Merempuh Peserta
sebenarnya : peserta membaling kenderaan polis sehingga menyebabkan kecederaan sblum kenderaan yg dipandunya hilang kawalan,malah anggota terbabit turut dibelasah selepas terbabas.

6.Penganjur Dakwa Tak Cukup Masa Utk Tukar Lokasi Perhimpunan
sebenarnya : DBKL telah memaklumkan permohonan penganjur ditolak beberapa hari sblum Bersih 3.0 diadakan.Stadium Merdeka ditawarkan kerana permohonan pihak penganjur bersih sendiri dlm perhimpunan sebelum ini.
utk makluman,permohonan JMM utk menganjurkan perhimpunan anti LGBT di Dataran Merdeka jg turut ditolak tetapi pertubuhan itu masih boleh mencari lokasi lain iaitu di Stadium Pusat Sukan UPM.

7.Peserta Bersih 3.0 keluar berhimpun secara sukarela.
sebenarnya : kebanyakan peserta dibayar,malah TGNA sndri telah mengaku memberi duit poket.ada peserta yg mengaku dibayar utk menghadiri perhimpunan dgn saguhati RM100 sehati serta ditanggung penginapan di hotel bajet & mkn minum selama 3 hari.

8.Pilihanraya di M'sia Penuh Dgn Penipuan
sebenarnya : tipu tak tipu,..PRU 2008,Pakatan rakyat yg takde dalam ROS mampu menguasai kerajaan negeri kltn,kedah,perak,selangor & penang.

9.Pembangkang dakwa Bersih 3.0 dpt sokongan di 91 buah negara.
sebenarnya : perhimpunan hanya dilaporkan berlaku di Arab Saudi,dan hanya melibatka sebahagian kecil penyokong pembangkang disana,masih dlm siasatan pihak berkuasa Arab Saudi

Saturday, 28 April 2012

SAPA SERANG SAPA....

APA SALAH POLIS SEHINGGA DIPERLAKUKAN SEDEMIKIAN......PHOTO INI DAH JELAS MENUNJUKKAN BAHAWA PESERTA BERSIH 3.0 YANG SERANG POLIS SEHINGGA KERETA WAJA TERSEBUT HILANG KAWALAN...

BERSIH 3.0...POLIS TUNJUK PERASAAN

Senyuman yg ikhlass!!! dari hati...menegakkan keadilan....sama2 memerlukan...

..INIKAH BALASANNYA....POLIS NI MUNGKIN BAPA/ANAK/ABANG/ADIK/SUAMI...ANDA...MEREKA HANYA MENJALANKAN TUGAS DEMI KEAMANAN NEGARA...KENAPA DIPERLAKUKAN SEDEMIKIAN...INI LAH AKIBATNYA MENGIKUT TELUNJUK AMBIGA....


BERSIH 3.0 EDISI SABAH


Perhimpunan bersih 3.0 yg diketuai penyanyi rap terkenal sabah ATAMA telah melabuhkan tirainya semalam.Seperti yg dijangkakan, peserta yg hadir dalam perhimpunan di padang merdeka Kota Kinabalu merupakan suku sakat penyokong tegar pemimpin pembangkang negeri Sabah seperti  Thamrin Hj.Jaini,Ansari Abdullah,Lahirul Latigu, Datuk Yong Teck Lee dan Dr.Hiew.Bagaimanapun, satu persoalan yang timbul dalam perhimpunan tersebut, mengapa ketua parti STAR Sabah dan SAPP tidak  mengambil bahagian  secara aktif dalam perhimpunan tersebut?.. ketuanya muncul ibarat sang rimba gagah berani kononnya untuk menetapkan misi Bersih 3.0 duduk dan bantah.Adakah Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan Datuk Yong Teck Lee ini pengecut dan hanya menghantar wakil sahaja?atau memang wujud ketidak sepakatan antara mereka dalam soal perjuangan politik.Jawapannya "YA"!!!...memang mereka tidak sehaluan dalam perjuangan politik.Kedua-duanya pemimpin ini ibarat "Arkitek"yg hanya melakar satu rekabentuk bangunan sedangkan kerja perlaksanaannya dilakukan oleh para buruh binaan.Yang menjadi mangsa hanyalah orang-orang muda yang hanya menjadi alat Datuk Dr.Gapari dan Pak Yong .Pada hari tersebut mungkin kedua2 pemimpin ini sedang duduk bersantai dengan keluarga dirumah menikmati juadah lazat sambil mentertawakan tindakan orang bawahannya menghadiri perhimpunan Bersih 3.0. Realitinya sekarang, menjelang PRU-13, sudah tentu kedua-dua hero ini akan mementingkan diri sendiri sahaja. Mereka tetap akan bertembung dan saling menentang calon-calon dalam PR walaupun pelan strategi kononnya telah diatur.Gapari tetap dgn pendiriannya mahu meletakkan calon-calon STAR  diseluruh kawasan DUN/Parlimen dan begitu juga dgn Pak Yong.Jika ini berlaku, kesemua mereka baik dari PKR,PAS,DAP,STAR,SAPP dan SPF akan terus dibuai angan-angan kosong.Jadi para pengundi yang bijaksana, anda mesti bijak untuk menilai.Lihatlah betapa teruknya pemimpin-pemimpin ini.Mereka ibarat "Menjaga Tepi Kain Orang" namun malangnya keluarga dalam rumah sendiripun gagal dijaga.Fikir-fikirkanlah.....

Thursday, 26 April 2012

RCI Kenapa Tidak Tubuh Sekarang?


Dalam isu penubuhan RCI,telah memperlihatkan kedunguan dan kebaculan sebilangan pemimpin pro kerajaan BN di negeri ini, yang tidak ada usaha untuk mendesak kerajaan Persekutuan dan Perdana Menteri Malaysia, supaya RCI harus dilaksanakan untuk menjamin hak rakyat negeri ini sentiasa terbela dan terpelihara. Sepatutnya awal - awal lagi Dewan Undangan Negeri Sabah meluluskan cadangan ini supaya dibawa ke parlimen untuk dibahaskan, tetapi Speaker Dewan juga menolak desakan pembangkang.

Rakyat Sabah perlu bangkit dalam PRU13 akan datang ini untuk membuat perubahan, samada mereka yang menganggotai parti pembangkang mahupun yang pro kerajaan BN bersatu untuk menunjukkan undi protes kepada pemimpin kita. Rakyat tulen Sabah, tidak perlu mengambil masa lama untuk berfikir untuk menentukan kerajaan yang bersih. Jangan kita mudah terpengaruh dengan propaganda yang menimbulkan sentimen agama dan perkauman,kerana pemimpin BN hanya mempertahankan kepentingan diri mereka semata-mata, tanpa melihat apa yang terjadi dengan anak cucu cicit kita 20 tahun akan datang.
Jika kerajaan Persekutuan adil kepada rakyat dinegeri ini, kenapa tidak menubuhkan RCI Sekarang?




Tuesday, 24 April 2012

CARA UST NASHA HENTAM AMBIGA DAN ANWAR IBRAHIM KEMBALIKAN KIBLAT ULAMA PAS


Keberanian Ust. Nasha menghentam secara terbuka aktivis yang memperjuangkan LGBT seperti Ambiga si kafir harbi jelas meletakkan semula kiblat PAS kepada perjuangan Islam yang sebenar.
Tetapi dalam masa yang sama, Ust.Nasha menempah kubur yang akan diisi jenazahnya sendiri kerana perjuangan LGBT adalah disokong sepenuhnya oleh PAS.
Terbukti sebelum ini, Pas tidak pernah membantah agar golongan LGBT yang mendapat kepercayaan dan sokongan penuh si mamat kaki peliwat Anwar Ibrahim untuk diiktiraf sebagai sebahagian dari masyarakat.
Dengan perjuangan PAS membontuti Anwar demi mendapat tempat didalam sebahagian kuasa yang dijanji oleh Anwar telah mengadaikan maruah PAS yang jelas menghalalkan perbuatan apa sahaja asalkan cita-cita berkongsi kuasa akan tercapai.
Apakah nasib Ust.Nasha yang lantang menentang Ambiga dan Anwar ?
Kerana pemimpin yang pro anwarinas didalam Pas akan sepak ust. Nasha kerana merencatkan perancangan Anwar.

VIDEO PANAS AZMIN ALI MENGATA BOSNYA SENDIRI..??


Tuesday, 10 April 2012

TERKINI : CARLSBERG PENAJA UTAMA BERSIH 3.0??


 Cuba lihat logo Carlsberg diatas dan bandingkan dengan gambar dibawah ini...


Nampak tak persamanya..kedua-duanya gambar mahkota yang bersalib...


UMAT MELAYU ISLAM yang merasakan diri mereka di landasan betul untuk berdiri bersama-sama memperjuangkan tuntutan BERSIH 3.0 yang merancang mengadakan satu lagi perhimpunan besar-besaran yang dinamakan “DUDUK BANTAH” secara serentak di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dan beberapa tempat lain di seluruh negara pada 28 April 2012 depan seharusnya membuka “mata hati” agar tidak terpedaya dan terus diperalatkan oleh anasir-anasir jahat yang mahu meruntuhkan keharmonian, keamanan serta kemakmuran negara ini dengan mengambil ilham apa yang berlaku di beberapa negara Asia Barat.


Dalam perkembangan terbaru, BERSIH 3.0 telah menggunakan logo yang mana kalau dilihat secara sepintas lalu tiada salahnya tentang logo tersebut. Ini adalah kerana ianya hanyalah lambang “mahkota” semata-mata. Tetapi kalau diamati secara teliti logo baru yang digunapakai pihak BERSIH 3.0 kali ini selain mengetengahkan moto dalam Bahasa Inggeris berbunyi “KEEP CALM AND SUPPORT BERSIH”, ianya turut menggunapakai lambang “mahkota” yang ada “salib” dan membawa maksud Kristianisasi. Ini bermakna sekiranya umat Melayu Islam menyokong BERSIH 3.0 samalah ertinya mereka menyokong Kristianisasi. Jelas sekali kalangan penggerak utama BERSIH 3.0 dengan SECARA HALUS turut menggerakkan misi mereka menyebarkan Kristian di kalangan umat Melayu Islam

Barang diingat, kalangan penggerak utama BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0 adalah muka-muka sama yang terdiri dari kalangan bukan Islam manakala pemimpin dan penyokong Melayu Islam hanyalah alat mereka untuk menjayakan agenda jahat serampang dua mata mewujudkan kacau bilau bagi meruntuhkan kerajaan dan negara serta menyebarluas Kristianisasi di kalangan umat Melayu Islam… Nauzubillah..


Tuesday, 3 April 2012

Untuk menjadi PM..Anwar cipta janji baru..


Anwar dan rakan-rakannya di dalam Pakatan haramnya menabur janji seperti menabur racun di tasik Putrajaya. Banyaknya janji ditabur hanya untuk dimungkiri. Janji-janji untuk memberi
·         Elaun kepada ibu tunggal
·         Elaun asuhan bayi
·         Menaikkan cuti bersalin
·         Janji Penduduk Kampung Buah Pala
·         Janji bantuan
·         Janji imbuhan

Bagaimanapun demi untuk menjadi PM, janji baru dicipta. Untuk memancing undi orang muda, PTPTN dijanji dihapuskan dan pendidikan percuma hingga ke Universiti. Minyak dijanji diturunkan harga, begitu juga tariff letrik. Apa yang kita nak, minta sajalah kat pembangkang ni, semua mereka janji akan beri, cuma pastikan undi mereka ke Putrajaya.

Monday, 2 April 2012

JANGAN TUKAR 'PEMANDU DI TENGAH JALAN'

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bagi memastikan Malaysia dapat mencapai status negara maju dalam tempoh lapan tahun akan datang, negara memerlukan "pemandu yang cekap supaya dapat menggabung jalinkan segala faktor yang ada bagi memastikan kenderaan tiba ke destinasinya pada masa yang ditentukan dengan selamat."
"Oleh itu, janganlah kita bereksperimen untuk menukar pemandu yang telah terbukti kebolehannya, di tengah-tengah jalan, untuk digantikan dengan pemandu yang diragui dan berbahaya," katanya.
Perdana Menteri mengingat demikian semasa membentangkan Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) & Program Transformasi Ekonomi (ETP) 2011 di Angkasapuri malam semalam. Ia turut disiarkan secara langsung di saluran RTM1.

Saturday, 31 March 2012

KEMANAKAH HALA TUJU PKR SABAH??



BAHAGIAN I

Ramai cakap PRU ke-13 sudah begitu hampir.  Tidak hairanlah parti-parti politik di Sabah baik BN mahupun pembangkang semakin rancak menganjurkan bermacam-macam program di sana sini untuk memenangi hati penduduk dan pengundi.Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga tidak terkecuali, anjur majlis itu dan ini.  Tidak cukup dengan pemimpin tempatan, jemput pemimpin-pemimpin PKR dari Semenanjung datang berceramah di negeri Sabah.  TETAPI !!! 

Thursday, 29 March 2012

LYNAS : SOAL JAWAP PALING LENGKAP. ( MOHON SEBARKAN )


Prof Dr Ismail Bahari
SmSn(UKM). Msc(London), PhD (Colorado State)
Kepakaran: Fizik sinaran
No Bilik : Bangunan Sains Nuklear, UKM
Tel: +603-89215478
e-mail: ismailb@ukm.my


 
Membetulkan maklumat 'menyesatkan'

Oleh Prof Dr. Ismail Bahari

Prof Dr. Ismail Bahari ialah pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia yang juga penyelidik bidang keselamatan sinaran dan keselamatan industri lebih 30 tahun.

TERLALU banyak maklumat salah yang boleh 'menyesatkan' pembaca yang saya dapati pada temu bual dengan seorang yang dikatakan sebagai 'pakar nuklear', seperti mana dilaporkan dalam akhbar terbitan
parti pembangkang baru-baru ini.

Ini macam ka....

Lu pikir la sendiri.......

SAYA SEDIA KEHILANGAN RAKAN YANG BERKECIL HATI KERANA CITA-CITA POLITIK DAN KEPENTINGAN PERIBADI MEREKA TIDAK DIPENUHI

Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau akan mendengar kehendak rakyat dalam menentukan calon bagi pilihan raya umum akan datang.


Perdana Menteri berkata, beliau sedia kehilangan rakan yang berkecil hati kerana cita-cita politik dan kepentingan peribadi mereka tidak dipenuhi.

Katanya, sebagai pemimpin beliau perlu mendengar keluhan rakyat mengenai wakil rakyat di kawasan mereka. Jika rakyat berpendapat wakil rakyat mereka tidak melakukan kerja dengan baik dan tidak lagi mahu calon berkenaan beliau akan membuat keputusan.

“Jadi saya akan membuat keputusan bahawa tempoh untuknya sudah tiba dan tidak perlu lagi bertanding sebagai calon,” katanya ketika muncul dalam program ‘988 Streets VIP’ bersama stesen radio FM988, di ibu negara, semalam.

Wednesday, 28 March 2012

SIJIL ANAK NEGERI, APA MANFAATNYA DI SABAH?

Dua isu paling dominan yang melingkari status penduduk asal di sabah. Pertama isu Tanah Adat atau NCR dan kedua Isu Sijil Anak negeri. Kedua-dua isu ini berkait dengan isu undang-undang. Dan daripada maklumat media, kedua-dua bidang ini juga dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu sehingga memberi kesan kepada 'status' penduduk asal di Sabah. Tanah Adat atau NCR yang mengejutkan ramai pihak apabila beberapa minggu lepas satu kenyataan dari orang yang mempunyai autoriti undang-undang memperjelaskan bahawa NCR telahpun lama dibatalkan.

Pemilikkan Sijil Anak negeri ini bukan sahaja akan memberi kelebihan untuk turut memiliki keistimewaan penduduk asal tetapi juga sijil ini boleh dimanipulasikan.  Lihat kenyataan Media ini :-
 
KOTA KINABALU: Lembaga Pegawai yang dilantik oleh Yang Dipertua Negeri telah mengemukakan perakuan kepada Mahkamah Anak Negeri Kota Kinabalu bagi melaksanakan keputusan membatalkan Sijil Anak Negeri Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Tanjong, Jimmy Wong.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Hajiji Haji Noor, berkata ahli lembaga yang dilantik itu telah membuat penyiasatan, penelitian dan perakuan untuk membatalkan Sijil Anak Negeri itu berdasarkan sebab-sebab berikut:

“Maklumat keturunan yang dituntut oleh Jimmy sebagai Sino Kadazan adalah bercanggah dengan salasilah keturunan Jimmy sebenar. Di mana tidak setitik pun darah keturunan Kadazan mengalir dalam tubuh Jimmy kerana kedua ibu bapanya adalah keturunan Cina, sebagaimana dicatatkan dalam sijil lahirnya.
“Atas sebab itu Lemba- ga Pegawai mendapati Jimmy tidak memenuhi Seksyen 2 (1) Ordinan Tafsiran Anak Negeri (Bab 64).

“Keputusan Lembaga Pegawai ini telah pun dikemuka- kan kepada Mahkamah Anak Negeri Daerah Kota Kinabalu untuk melaksanakan keputusan membatalkan Sijil Anak Negeri Jimmy,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada persidangan dewan undangan negeri di Dewan Undangan Negeri, di sini, kelmarin.
Bagaimanapun Hajiji ber- kata, pengwujudan Mahkamah Anak Negeri Daerah Kota Kinabalu baru sahaja diwartakan pada Disember 2011, maka keputusan lembaga pegawai itu hanya akan dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.

WAJIB BACA: DONG ZONG YANG RASIS DAN TUNTUTAN MEREKA YANG BODOH!!!




Orang Melayu telah berlaku adil semenjak 50’ dan kerana sebab itu kita punya tiga aliran berlainan untuk tiga bangsa utama di Malaysia ini. 

Beberapa hari lalu, kira-kira 7000 orang cina di Kajang telah mempamerkan rasa marah dan tidak puas hati mereka terhadap kerajaan dengan alasan Kerajaan gagal selesaikan permasalahan Sekolah Jenis Kebangsaan cina yang berlarutan untuk 40 tahun. Apa yang mereka bangkitkan adalah:

Wednesday, 21 March 2012

TOKONG CINA TEMPAT OSTAD PAS BERDOA UNTUK MENANG PRU 13??


Apa la nak jadi dengan ostad ostad pas ni..Dah murtad ka apa ni..Sanggup mempermainkan Islam dengan berdoa dan bersujud dalam tokong cina bersama totok sami budha seolah olah menyembah berhala..Pembaca lihat sendiri gambar di atas, apa yang boleh kita kategorikan pada Ostad-ostad PAS ni??  Bawak mengucap wahai Ostad-ostad PAS, jangan sampai diri itu boleh keluar dari landasan Islam. Nauzubillah!!!


Pas sanggup buat apa saja untuk kepentingan politik mereka,Pas tidak layak mengunakan nama Islam dalam perjuangan mereka,sebab mereka bukan memperjuangkan Islam..Tapi memperlacurkan Islam untuk kepentingan peribadi mereka..

Friday, 16 March 2012

Bapa Kandung Nurul Nadhirah Yang Dibunuh Dengan Kejam, Didapati Bersalah.


Bapa kandung Nurul Nadhirah Abdullah, 5, yang sebelum ini ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan anak perempuannya itu didapati tidak terbabit dengan kes itu.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata siasatan bagaimanapun mendapati lelaki berusia 30-an yang merupakan warganegara Filipina itu tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan masuk ke negara ini.

"Kita telahpun kemukakan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPP)dan arahan telah dikeluarkan supaya dia diusir ke negara asal secepat mungkin," katanya dalam sidang media di Johor Bharu, Jumaat.

Wednesday, 14 March 2012

Layanan buruk, memo Bangkit belum diserah.


KUALA LUMPUR, 15 Mac: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) merancang akan mengadakan Himpunan Bangkit 123 (2.0) di Sabah dalam waktu terdekat bagi menyerahkan memorandum membantah penyerahan tanah kepada Felda Global Venture Holding Sdn Bhd (FGVH).

Timbalan Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Pusat Razman Zakaria berkata, peserta Himpunan Bangkit 123 yang diadakan pada 12 Mac lalu mendapat layanan buruk daripada wakil Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Ketam Dari Kelantan Pergi Ajar Anak Berjalan Di Kedah


Pengundi diragui tak boleh digugur tanpa bukti


KOTA KINABALU -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesan 13,000 pengundi yang meragukan di Sabah tetapi tidak boleh menggugurkan nama mereka dalam daftar pemilih kerana ia bertentangan dengan undang-undang, kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata mengikut undang-undang, SPR tidak dibenarkan menggugurkan nama pemilih berkenaan melainkan dengan bukti yang kukuh.

Katanya setakat ini tiada mana-mana pihak termasuk waris yang tampil membantu membuat pengesahan mengenai status rekod pemilih terbabit.

TERKINI: ANWAR DAH READY PRU-13! INI DUITNYA!!


BONGKAR!! Patutlah Anwar dah confident sangat untuk PRU-13 nanti, sebab funder-funder dah bantu untuk capaikan cita-cita busuk beliau nak jadi PM Malaysia. Alamatnya tergadailah negara Malaysia yang kita cintai ni.

Jom baca pendedahan dari blog
 PerdanaHitam di bawah:


Rupa-rupanya kempen pilihanraya PKR adalah hasil dana Yahudi! Pendedahan terbaru ini dinyatakan oleh DS Mohd Zin Mohamed. 

PH berharap agar rakyat sedar dengan permainan yahudi di dalam PKR. Konrad Adeneur Foundation (KAF) yang berkait rapat dengan Christian Democratic Union of German merupakan antara pertubuhan yang bertanggungjawab menyalurkan dana dan latihan modal insan kepada petugas PKR.
 

Nik Aziz Di Larang Bertanding Dalam PRU-13


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu berundur sebagai Menteri Besar kerana tidak lagi layak menerajui Kerajaan Negeri Kelantan, malah tidak wajar bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menegaskan, banyak sebab menteri besar itu perlu berundur, bukan sahaja disebabkan faktor umur, tetapi juga kelemahan sepanjang lebih 20 tahun memerintah negeri itu. Nik Abdul Aziz mengetuai Kerajaan Kelantan sejak Pas menguasai negeri itu pada 1990.