KUALA LUMPUR, 15 Mac: Persatuan Anak Peneroka Felda
Kebangsaan (Anak) merancang akan mengadakan Himpunan Bangkit 123 (2.0) di Sabah
dalam waktu terdekat bagi menyerahkan memorandum membantah penyerahan tanah
kepada Felda Global Venture Holding Sdn Bhd (FGVH).
Timbalan Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Pusat Razman Zakaria berkata, peserta Himpunan Bangkit 123 yang diadakan pada 12 Mac lalu mendapat layanan buruk daripada wakil Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.
Timbalan Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Pusat Razman Zakaria berkata, peserta Himpunan Bangkit 123 yang diadakan pada 12 Mac lalu mendapat layanan buruk daripada wakil Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.
Ekoran itu, Razman yang mewakili himpunan tersebut enggan menyerahkan memorandum bantahan kepada setiausaha sebagai wakil kepada Ketua Menteri Sabah.
"Ketua Menteri layan kita bukan seperti wakil Ngo, kalau tidak mahu jemput kita ke pejabatnya sekurang-kurangnya ke lobi bangunan pun kami tidak kisah. Ini tidak, minta kita serahkan memorandum di jalan raya. Kami kecewa," katanya ketika mengunjungi Harakahdaily.
Katanya, kira-kira 500 peserta yang berarak pada hari itu di mana kesemuanya adalah rakyat Sabah melahirkan kekecewaan apabila mereka menerima layanan buruk daripada seorang ketua menteri yang disanjungi selama ini.
Menurut Razman, kerajaan negeri harus berpendirian tegas dalam membela warga Felda yang selama ini sangat setia kepada kerajaan BN.
"Kini menjadi tanggungjawab Ketua Menteri memainkan peranan sebaiknya dalam usaha melindungi tanah milik bumiputera Sabah yang saban hari mengerah keringat dan air mata untuk memiliki tanah itu," katanya.
Sehari sebelum himpunan itu berlangsung, Pengerusi Anak Mazlan Aliman telah ditahan pihak imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dari memasuki negeri Sabah.
Walaupun tanpa kehadiran Mazlan pada hari itu, Razman bersyukur, Anak berjaya menubuhkan cawangan di Felda Gugusan Sahabat sebagai platform menggerakan rakyat negeri itu menuntut hak mereka.
Himpunan Bangkit 123 digerakkan oleh Ngo Bela Tanah Rakyat Sabah (Tabah) dengan gabungan beberapa NGO yang dinaungi oleh Anak.
Kebangkitan luar biasa rakyat Sabah sebagai bantahan terhadap 106,735 hektar tanah negeri itu yang sepatutnya dibahagikan kepada rakyatnya sebaliknya akan diserahkan kepada FGVH.
Ladang kelapa sawit yang dikendalikan oleh Felda Plantation Sdn Bhd seluas 360,067 hektar di seluruh negara akan dipajakkan kepada FGVH selama 99 tahun berdasarkan Perjanjian Pajakan Tanah yang dimeterai Januari 2012.
FGVH pula sedang berusaha memujuk kerajaan negeri-negeri untuk menyerahkan tanah tersebut, bagaimanapun negeri Kelantan, Selangor, dan Kedah telah menyatakan pendirian tidak akan menyerahkan tanah kepada FGVH.- Harakah Daily
No comments:
Post a Comment