Dua isu paling
dominan yang melingkari status penduduk asal di sabah. Pertama isu Tanah
Adat atau NCR dan kedua Isu Sijil Anak negeri. Kedua-dua isu ini
berkait dengan isu undang-undang. Dan daripada maklumat media, kedua-dua
bidang ini juga dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu sehingga memberi
kesan kepada 'status' penduduk asal di Sabah. Tanah Adat atau NCR yang
mengejutkan ramai pihak apabila beberapa minggu lepas satu kenyataan
dari orang yang mempunyai autoriti undang-undang memperjelaskan bahawa
NCR telahpun lama dibatalkan.
Pemilikkan
Sijil Anak negeri ini bukan sahaja akan memberi kelebihan untuk turut
memiliki keistimewaan penduduk asal tetapi juga sijil ini boleh
dimanipulasikan. Lihat kenyataan Media ini :-
KOTA KINABALU: Lembaga Pegawai yang dilantik oleh Yang Dipertua Negeri
telah mengemukakan perakuan kepada Mahkamah Anak Negeri Kota Kinabalu
bagi melaksanakan keputusan membatalkan Sijil Anak Negeri Anggota Dewan
Undangan Negeri (Adun) Sri Tanjong, Jimmy Wong.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Hajiji Haji Noor, berkata
ahli lembaga yang dilantik itu telah membuat penyiasatan, penelitian dan
perakuan untuk membatalkan Sijil Anak Negeri itu berdasarkan
sebab-sebab berikut:
“Maklumat keturunan yang dituntut oleh Jimmy sebagai Sino Kadazan adalah
bercanggah dengan salasilah keturunan Jimmy sebenar. Di mana tidak
setitik pun darah keturunan Kadazan mengalir dalam tubuh Jimmy kerana
kedua ibu bapanya adalah keturunan Cina, sebagaimana dicatatkan dalam
sijil lahirnya.
“Atas sebab itu Lemba- ga Pegawai mendapati Jimmy tidak memenuhi Seksyen 2 (1) Ordinan Tafsiran Anak Negeri (Bab 64).
“Keputusan Lembaga Pegawai ini telah pun dikemuka- kan kepada Mahkamah
Anak Negeri Daerah Kota Kinabalu untuk melaksanakan keputusan
membatalkan Sijil Anak Negeri Jimmy,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan
kementeriannya pada persidangan dewan undangan negeri di Dewan Undangan
Negeri, di sini, kelmarin.
Bagaimanapun Hajiji ber- kata, pengwujudan Mahkamah Anak Negeri Daerah
Kota Kinabalu baru sahaja diwartakan pada Disember 2011, maka keputusan
lembaga pegawai itu hanya akan dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.

No comments:
Post a Comment