BAHAGIAN I
Ramai
cakap PRU ke-13 sudah begitu hampir.
Tidak hairanlah parti-parti politik di Sabah baik BN mahupun pembangkang
semakin rancak menganjurkan bermacam-macam program di sana sini untuk memenangi
hati penduduk dan pengundi.Parti
Keadilan Rakyat (PKR) juga tidak terkecuali, anjur majlis itu dan ini. Tidak cukup dengan pemimpin tempatan, jemput
pemimpin-pemimpin PKR dari Semenanjung datang berceramah di negeri Sabah. TETAPI
!!!
Persoalannya adakah platform PKR Sabah itu sendiri sudah kukuh. Beberapa ‘insiden’ keluar parti oleh pemimpin
dan ahli PKR menghiasi dada-dada akhbar tempatan kebelakangan ini. Jika parti dilanda krisis dan permasalahan
dalaman, macamana PKR mahu menarik keyakinan dan kepercayaan rakyat. TERBARU…awal
bulan ini, pemimpin dan ahli-ahli PKR Beaufort dan Sepanggar keluar parti
secara beramai-ramai. Di Beaufort, kumpulan
ini diketuai bekas Ketua Cabang, Lajim Yusof yang juga merupakan bekas calon
PKR di Parlimen Beaufort pada pilihan raya ke-12 yang lalu. Selain itu, Timothy Thomas Lim, Timbalan Ketua
Cabang PKR Sepanggar mengutuk sekeras-kerasnya dakwaan bekas Ketua Cabang, Felix
Sitaun yang kononnya berjaya mengumpul hampir seribu orang ahli PKR bersama
beliau menyertai Parti STAR termasuklah hampir tiga perempat AJK cabang. Dengar-dengar, ekoran tindakan keluar parti
beramai-ramai itu, PKR Sepanggar secara rasminya telah dibubarkan.
NAMUN, isu
tersebut tidak selesai di situ kerana ada dalam kalangan AJK dan ahli yang
masih kekal meluahkan rasa tidak puas hati dan menganggap PKR Cabang Sepanggar
masih wujud. Ini kerana Hj. Ansari
Abdullah, Ketua Cabang PKR Tuaran telah meletakkan anaknya, Erveana Ansari
untuk memangku jawatan Ketua Cabang PKR Sepanggar. Tindakan ‘menutup lubang’ oleh Hj. Ansari ini rasanya
boleh mengundang kemarahan Timothy Thomas Lim kerana Erveana sebelum ini
hanyalah memegang jawatan Naib Ketua Cabang yang dilantik sedangkan Timothy Thomas Lim adalah Timbalan Ketua Cabang
yang dipilih.
Mungkin
juga Hj. Ansari bertindak begitu supaya Erveana boleh diletakkan sebagai calon
PKR di Parlimen Sepanggar pada PRU ke-13 TETAPI
macamana pula dengan nasib Timothy Thomas Lim?! Apa pun, amalan nepotisme (kekeluargaan) ini
sebenarnya memang subur di dalam PKR sejak dulu. Malah di peringkat Pusat, amalan ini dijana
oleh ‘bateri 3A’ (Anwar, Azizah, Azmin) dan Izzah.
Pendedahan
dan analisis seterusnya dalam HALA TUJU
PKR SABAH BAHAGIAN II…TUNGGGGUUU !!!!!!
PKR - PARTI KELUARGA RASANYA...HAHAHAHAHAA
ReplyDeletePKR sudah tidak ada hala tuju melainkan menunggu karam.. parti itu sudah karam separuh sebaik Jeffrey keluar meninggalkan parti itu.. ditambah lagi dengan kemunculan STAR, semakin banyaklah lubang2 kapal PKR ditembusi oleh bucu2 tajam STAR..
ReplyDeletebaik PKR atau Pakatan fokuskan saja kerusi2 di semenanjung.. saya yakin Pakatan tetap akan tewas di Sabah sekalipun mereka bertanding satu lawan satu dengan BN..
ReplyDeletePergolakan dalam parti PKR sendiri menunjukkan PKR sukar untuk memperoleh kemenangan di Sabah. Bukan setakat masalah dalaman malah berlaku juga percanggahan pendapat di kalangan ahli2 sekomponen.
ReplyDeletePKR semakin lemah terutamanya baru-baru ini ada 2,000 ahli PKR Sabah yang meninggalkan parti untuk mengikuti Star.
ReplyDeleteSemoga rakyat sendiri pandai membuat pemilihan antara kerajaan dan juga pembangkang. Bagaimana hendak membuat penilaian sama ada sesuatu parti itu paling sesuai.
ReplyDeletePKR Sabah makin lemah, jika begini PKR Sabah akan berkubur.
ReplyDeletesuara2 PKR di Sabah sudah tidak didengari. Mungkin majoriti sudah lompat parti
ReplyDeletePKR SAbah semakin bergelora akibat kerap ahli mereka keluar parti tersebut.
ReplyDeleteoops kalau mahu menang janganlah temberang, berlagak 2000 ahli PKR sudah mengikuti STAR tetapi 20000 ahil STAR sudah masuk UMNO.
ReplyDelete