Nampaknya setiap kali hampir demam pilihan raya, isu
negara Islam akan timbul semula.
Yang menjadi karektor dalam adegan polemik isu negara
Islam ialah PAS sebagai protaganis atau pelopor dan DAP yang menentang atau antagonis.
Setiap kali PAS membuka mulut cuba menghidupkan
impiannya untuk membentuk Daulah Islamiyah a ala acuan politiknya, DAP akan
segera menghentam.
Lebih dua dekad lalu semasa kedua-dua parti masih
menjadi seteru ketat politik, Karpal Singh mencabar pemimpin PAS supaya
'langkah mayatnya dahulu' jika berani menampilkan cita-cita perjuangan mereka.
Kini perkelahian mereka masih berterusan; yang berbeza
hanya kedua-duanya kini menjadi rakan kongsi dan kawan baik dalam Pakatan
Rakyat.
Terkini, Karpal yang sudah menjadi Pengerusia
Kebangsaan DAP mengkritik Presiden PAS, Abdul Hadi Awang kerana bercakap
mengenai cita-cita PAS mahu menubuhkan negara Islam.
Abdul Hadi berkata sekiranya parti itu menjadi rakan
kongsi terkuat dalam kerajaan pusat apabila memerintah kelak, impian itu akan
menjadi realiti.Malah PAS mahu meminda Perlembagaan Persekutuan untuk
merealisasikan cita-citanya itu.
Bagi DAP, negara Islam versi PAS akan bermakna
berkuburnya parti yang memperjuangkan slogan 'Malaysian Malaysia' - satu
perjuangan yang hanya berlandaskan kepada konsep rasisme Cina.PAS dan DAP hanya bersatu di dalam Pakatan Rakyat atas
peranan pujukan PKR yang diterajui Anwar Ibrahim.Tanpa Anwar, tidak mungkin PAS dan DAP akan duduk
semeja apatah lagi tidur sebantal.
Dengan masalah dalaman melanda PKR yang semakin parah
dan kucar kacir, ia tidak lagi mampu menjadi simen yang mencantumkan
perkahwinan antara PAS dan DAP.Tambahan lagi, Anwar yang dibebankan dengan skandal
seks songsang berpanjangan tidak mungkin dapat mempertahankan maruah, moral dan
kredibilitinya sebagai pemimpin Pakatan Rakyat.Mungkin api persengketaan dapat diredakan pada
permukaannya tetapi perkelahian PAS-DAP adalah seperti api dalam sekam yang
akan membakar seluruh Pakatan Rakyat dalam masa terdekat.
Setelah lima wakil parlimen PKR melompat menjadi
anggota bebas dalam Dewan Rakyat, PKR tidak lagi menjadi blok terbesar dalam
pakatan pembangkang.Jawatan Anwar sebagai Ketua Pembangkang dalam Parlimen
hanya dikekalkan sebagai tanda hormat PAS dan DAP, tidak lebih daripada itu.
PAS dan DAP muncul sebagai dua parti yang lebih kuat
daripada PKR.PKR dilihat sebagai parti yang tidak boleh diharap
untuk memimpin pakatan pembangkang kerana kualiti pemimpin-pemimpinnya yang
lemah serta tidak kukuh prinsip perjuangan.Maka dalam pertembungan PAS-DAP kali ini dalam isu
negara Islam, mereka mungkin tidak mendengar lagi nasihat Anwar, dan tidak
mustahil mengambil haluan masing-masing.
Lagi pun PAS berpendapat mereka tidak lagi memerlukan
PKR untuk terus berkuasa di Kedah dan Kelantan, sementara DAP yakin kekal
memerintah di Pulau Pinang dan beranggapan pengaruhnya melebihi PKR di Sabah
dan Sarawak.
Natijahnya, akan berlaku perebutan kuasa hebat antara
PKR, PAS dan DAP menjelang pilihan raya umum ke 13 nanti.
Mimpi gah mereka untuk menawan Putrajaya hanya akan
tinggal mimpi dan fatamorgana yang semakin pudar dan akhirnya lenyap.

No comments:
Post a Comment