Isu muzakarah PAS
dengan UMNO bukannya isu baru,sudah kerap kali timbul dan sudah acap kali ia
senyap begitu saja.Panas dipermulaan kemudian sejuk berpanjangan saling tak
ubah seperti hangat-hangat tahi ayam.Acap kalinya isu muzakarah sering menjadi
senjata terakhir PAS bilamana berdepan dengan gelombang kebangkitan umat Islam
yang saban waktu semakin jelik dan meluat dengan tingkah laku PAS.kerapkali
juga apabila UMNO menyahut salam perdamaian dari PAS,watak hipokrasi dan
munafik Menteri Besar Kelantan,Nik Aziz Nik Mat akan muncul dengan pelbagai
syarat.motifnya satu,supaya isu muzakarah yang sudah disambut oleh UMNO akan
padam begitu saja.Walhal jika benar ikhlas untuk membicarakan masalah umat dan bermuzakarah mencari titik temu yang tersembunyi disebalik ketegangan sesama kita, apa perlunya menetapkan syarat itu ini ??? Sepatutnya cukuplah sekadar memiliki keikhlasan hati dan fikiran.Sedangkan semasa PAS kelihatan begitu taat mengiku kehendak DAP dan PKR sepanjang kerjasama mereka dalam pakatan Haram,tidak kedengaran satu pun syarat yang menetapkan kedua-dua rakan sekatil itu mengikut telunjuk dan kehendak PAS.Sama-sama kita fikirkan...
No comments:
Post a Comment