Pembangkang ke hulu ke hilir berkempen ‘Sabah Untuk Orang Sabah'.
Sebenarnya tindakan ini menutup peluang rakyat negeri ini memimpin di
peringkat nasional. Selain itu, tindakan itu juga dilihat
memperkecil-kecilkan keupayaan orang Sabah, yang jelas berkebolehan
menjadi pemimpin di Malaysia.
Walaupun
setakat ini ini hanya beberapa orang individu terpilih menjadi pemimpin
atau mengetuai berbagai agensi persekutuan, adalah diyakni berasaskan
kepada keadaan semasa, adalah besar harapan rakyat negeri ini menjadi
pemimpin negara.
Dalam kabinet persekutuan misalnya, telah ada 11 orang rakyat Sabah
berganding bahu dengan rakyat negeri2 lain mentadbir negara. Selain itu,
Speaker dewan rakyat yang ada, adalah daripada Sabah.
Bagi
jawatan2 penting, antaranya Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit
Aman, Datuk Seri Bakri Zinin, Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail, Ketua
Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr. Hassan Abdul Rahman dan
ramai lagi.
Dalam bidang politik, Ketua Puteri Umno Malaysia, Datuk Rosnah Rashid
Shirlin contohnya adalah pemimpin dari Sabah dan beliau dengan hebatnya
memimpin 191 Bahagian Puteri Umno di seluruh Malaysia.”
Pembangkang berpegang kepada konsep ‘Sabah Untuk Orang Sabah’, konsep
Barisan Nasional (BN) pula ialah ‘rakyat Sabah memiliki keupayaan yang
cukup hebat untuk memimpin Malaysia!’.
Melalui konsep demokrasi, hanya pemimpin yang bernaung dalam parti besar
sahaja yang boleh mengetuai negara. Kini, Datuk Safie Apdal adalah
orang ketiga dalam kedudukkan pemimpin negara, dikuti oleh Ketua Menteri
Sabah, Datuk Musa Aman atas kedudukkan mereka dalam parti Umno.
Ramai pemimpin negeri berpotensi berperanan di peringat kebangsaan,
antaranya Datuk Salleh Tun Said, Datuk Rahman Dahalan. Sementara
pemimpin pelapis pula antaranya Haji Nizam Abu Bakar Titingan, Jamawi
Jaafar dan ramai lagi.
Jika konsep Sabah hanya untuk orang Sabah, maka negeri2 lain juga akan
berpegang kepada konsep itu. Jika ini berlaku, maka padang permainan
yang sebelumnya terbuka begitu luas, dipersempit.
Oleh itu, kepada rakyat Sabah, kita perlu membuka minda kita, pilihlah
padang permainan yang lebih luas. pilihlah, Sabahan untuk Malaysia.
No comments:
Post a Comment