Pages

Tuesday, 3 April 2012

Untuk menjadi PM..Anwar cipta janji baru..


Anwar dan rakan-rakannya di dalam Pakatan haramnya menabur janji seperti menabur racun di tasik Putrajaya. Banyaknya janji ditabur hanya untuk dimungkiri. Janji-janji untuk memberi
·         Elaun kepada ibu tunggal
·         Elaun asuhan bayi
·         Menaikkan cuti bersalin
·         Janji Penduduk Kampung Buah Pala
·         Janji bantuan
·         Janji imbuhan

Bagaimanapun demi untuk menjadi PM, janji baru dicipta. Untuk memancing undi orang muda, PTPTN dijanji dihapuskan dan pendidikan percuma hingga ke Universiti. Minyak dijanji diturunkan harga, begitu juga tariff letrik. Apa yang kita nak, minta sajalah kat pembangkang ni, semua mereka janji akan beri, cuma pastikan undi mereka ke Putrajaya.


Macam-macam janji lagi akan ditabur sepanjang musim pilihanraya sebab mereka tahu mereka susah nak menang. Dan alasan mudah untuk tidak kota janji ialah kami KALAH! Makin kurang keyakinan mereka untuk menang, makin mengarutlah janji-janji mereka.

"Kalau rakyat mahukan bintang dan bulan pun mereka sanggup berjanji mendapatkannya, asalkan undilah saya."
Tetapi sekarang rakyat telah celik mata. Mereka hanya mahukan negara yang aman dan kerajaan yang mendahulukan rakyat. Yang lain-lainnya rakyat Malaysia yang bijaksanalah yang akan sama-sama berganding bahu dan menyingsing lengan untuk terus memajukan negara tercinta ini.

No comments:

Post a Comment