Pages

Thursday, 26 April 2012

RCI Kenapa Tidak Tubuh Sekarang?


Dalam isu penubuhan RCI,telah memperlihatkan kedunguan dan kebaculan sebilangan pemimpin pro kerajaan BN di negeri ini, yang tidak ada usaha untuk mendesak kerajaan Persekutuan dan Perdana Menteri Malaysia, supaya RCI harus dilaksanakan untuk menjamin hak rakyat negeri ini sentiasa terbela dan terpelihara. Sepatutnya awal - awal lagi Dewan Undangan Negeri Sabah meluluskan cadangan ini supaya dibawa ke parlimen untuk dibahaskan, tetapi Speaker Dewan juga menolak desakan pembangkang.

Rakyat Sabah perlu bangkit dalam PRU13 akan datang ini untuk membuat perubahan, samada mereka yang menganggotai parti pembangkang mahupun yang pro kerajaan BN bersatu untuk menunjukkan undi protes kepada pemimpin kita. Rakyat tulen Sabah, tidak perlu mengambil masa lama untuk berfikir untuk menentukan kerajaan yang bersih. Jangan kita mudah terpengaruh dengan propaganda yang menimbulkan sentimen agama dan perkauman,kerana pemimpin BN hanya mempertahankan kepentingan diri mereka semata-mata, tanpa melihat apa yang terjadi dengan anak cucu cicit kita 20 tahun akan datang.
Jika kerajaan Persekutuan adil kepada rakyat dinegeri ini, kenapa tidak menubuhkan RCI Sekarang?




No comments:

Post a Comment