SUKA DUKA, PRU-13 mengulangi sejarah politik sebelum peristiwa Mei 13,
1969: parti perkauman, pelampau Cina DAP secara solo cuba menggulingkan
kerajaan perikatan Melayu, Cina dan India. Sekarang, DAP bersekutu, berpakat seperti 2008, dengan Pas dan PKR
mengepalai Pakatan mencuba sekali lagi untuk menewaskan kerajaan
pribumi, Cina dan India.
DAP sudah bijak, sedar Malaysia dapat dikuasainya hanya melalui proksi
Melayu-Islam mereka. DAP perlu menerima hakikat Perdana Menteri mesti
Melayu-Islam.
DAP, ikut tradisi konglomerat Cina dan antarabangsa, menerima pelantikan
Melayu-Islam sebagai pengerusi tetapi kuasa mutlak tetap berada di
tangan mereka.
Melihat keadaan semasa, kelihatannya Bn mampu mempertahankan Putrajaya,
kalaupun bukan dengan kuasa 2/3 namun menghampirinya. Walaupun demikian,
jentera Bn dan pemimpinnya jangan pula merasa selesa, kerana dalam
dunia politk semuanya boleh berlaku.
Kini, Mantan MB Perak Nizar Jamaluddin, kononya Pakatan akan menang 145
kerusi parlimen, diatas sedikit ramalan Anwar Ibrahim 124 kerusi.
Pemimpin Pakatan telah memipiskan lada pada burung yang sedang terbang.
Di Sabah misalnya, menurut ramalan Nizar, Pakatan akan menang 12 kerusi
parlimen daripada 25 yang dipertandingkan, sedangkan para pemimpin
pembangkang di negeri itu sehingga kini masih bertelaga mengenai
pebahagian kerusi. Malah pengerusi STAR Sabah dan Presiden SAPP
membayangkan akan berlaku pertandingan Open To All pada PRU-13.
Di lain pihak pula, Bn terutama pemimpin Umno sudah melihat bahawa Umno
pada PRU-13 akan mampu mencapai kemenagan yang lebih baik berbanding
pada PRU-12, malah dua atau tiga pemimpin Umno optimis, bahawa
kemenangan pada PRU-2004 semakin hampir didekati.
Selepas tsunami politik 2008 kerajaan dan Umno di bawah kepimpinan
Perdana Menteri Najib Tun Razak kelihatan telah pulih dan kini menikmati
cahaya matahari; lebih segar.
Meminjam kata-kata Tan Sri Abdullah Ahmad wartawan veteran "Seperti kata
Speaking, “It (Umno) is enjoying some patches of sunshine”. Najib bisa
melihat ke hadapan dengan lebih yakin lagi. Namun cuaca di Kelantan,
Selangor dan Pulau Pinang terus mendung; cuaca di Kedah cerah sedikit.
Perak menjadi rebutan sengit.Di lain negeri Umno/BN diduga terus
memerintah".
Kerusi Parlimen 222, kawasan majoriti absolut Cina hanya 50, bakinya
adalah kawasan peribumi dan kawasan campuran. Medan pertempuran sengit
bertumpu dalam 172 kawasan ini. Dalam kawasan absolut majoriti Cina, DAP
diduga menang mudah tetapi belum tentu lagi kerana orang Cina selalunya
praktikal.
Kaum cina walaupun kini telah dicap pembangkang, mungkin memberi DAP 30
hingga 40 kerusi, bakinya untuk calon Cina dari parti komponen BN.
Takdirnya jika DAP sapu semua, itu satu tanda “konfrontasi” macam
Indonesia-Malaysia pada 1963 bermula. Akhirnya Sukarno digulingkan oleh
Angkatan Bersenjata Republik Indonesia yang diketuai Jeneral Suharto.
Pas, PKR mengepalai pertempuran di medan peribumi-Islam ini. Mereka
berhasrat merampas minimum separuh kerusi itu, yakni 86. Lebih dari
jumlah kerusi ketiga-tiga parti kini ada dalam Parlimen ke -12.
Berdasarkan perkembangan terkini, Suara Rakyat rasa, Pas dan PKR tidak
akan berjaya menang 86 kerusi sepertimana ramalan mereka. Namun, DAP
mungkin dapat 40.. itu suatu kepastian.
No comments:
Post a Comment